PrnSarawak: Rakyat lebih penting berbanding keluarga saya – Abang Johari

PrnSarawak: Rakyat lebih penting berbanding keluarga saya – Abang Johari

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg mengakui seorang calon parti lawan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga adalah anak saudaranya namun itu tidak bermakna beliau memberikan sokongan.

Tegasnya, dalam percaturan politik kepartian, beliau lebih mengutamakan rakyat berbanding keluarga sendiri.



Katanya, ini kerana hanya GPS yang mampu membawa perubahan kehidupan rakyat manakala parti lain sekadar bercakap sahaja.

“Ada orang cakap dia bersaudara dengan Ketua Menteri. Memanglah bersaudara, dia anak buah saya.

“Saya berkahwin dengan emak saudaranya, dia anak buah lah. Tetapi dari segi politik saya utamakan rakyat daripada keluarga,” katanya pada majlis pengumuman Lingga sebagai daerah baharu di sini hari ini.

Abang Johari tidak menyebut nama calon berkenaan tetapi ia merujuk kepada calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman.



Wan Abdillah Edruce pernah bertanding di DUN Lingga sebagai calon Bebas pada Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2016.

Pada PRN kali ini, Wan Abdillah Edruce sekali lagi mengambil bahagian dan berdepan saingan calon GPS, Dayang Noorazah Awang Sohor; Abang Abdul Kassim Abang Bujang dari PKR, Baha Imam dari Parti Bumi Kenyalang (PBK); Abang Mohd Sepian Abang Daud dari Parti Sedar Sarawak (SEDAR) dan Mohd Sepian Abang Daud, Bebas.

Mengulas berkenaan perubahan status Lingga sebagai daerah penuh, Abang Johari, berkata ia adalah selari dengan dasar pembangunan kerajaan negeri GPS yang memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar.

Bagi tujuan itu, katanya, sebuah kompleks pejabat daerah akan dibina untuk menempatkan pejabat pelbagai agensi kerajaan lain yang memudahkan urusan rakyat.



“Pejabat Pegawai Daerah dan Pejabat Ketua Masyarakat akan diletakkan dalam kompleks yang sama dan ini akan memudahkan perhubungan yang baik antara rakyat dan kerajaan.

“Kalau sudah ada kompleks pejabat, maka pembangunan lain seperti pertambahan lot kedai dan kawasan perumahan baharu akan menyusul dan ini pastinya akan mengubah wajah Lingga,” katanya. BH

PrnSarawak: Rakyat lebih penting berbanding keluarga saya – Abang Johari


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker