Along Cham kahwin lagi

Kelembutan Afreena pikat Along Cham jadikan isteri

Along Cham kahwin lagi

“Kami pilih Ramadan untuk bernikah kerana mahu dapatkan keberkatan 10 malam terakhir.”

Itu reaksi pelakon dan pelawak, Along Cham yang selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hati, Afreena Suhaimi, 32, di Putrajaya, semalam.



Along atau nama sebenar, Muhammad Nizamudin Ahmad sah bergelar suami kepada wanita berstatus ibu tunggal itu dengan sekali lafaz .

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Suhaimi Shaharuddin dalam majlis tertutup di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kira-kira jam 11.30 pagi.

Berkongsi detik awal perkenalan, Along yang hidup menduda sejak lapan tahun lalu tidak menyangka perkenalan melalui platform media sosial membawa hubungan mereka hingga ke jenjang pelamin.

“Tempoh perkenalan kami tidak lama, iaitu kira-kira enam bulan sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga.



“Walaupun ada yang mempersoalkan kenapa terlalu cepat saya buat keputusan untuk berkahwin, namun, saya anggap itu semua jodoh.

“Biarpun singkat, kami bentuk hubungan ini perlahan-lahan. Lagipun, tidak semestinya kalau kita kenal lama, kita boleh faham dirinya,” katanya.

Along berkata, dia dan isteri pernah melalui fasa kegagalan rumah tangga yang membuatkan hubungan jadi erat.

“Apa yang penting, dia boleh terima saya dan anak dengan baik. Itu adalah kriteria utama yng perlu ada untuk calon isteri saya,” katanya.



Along berkata, sebelum memutus menamatkan zaman duda, dia meminta pendapat anaknya, Ahmad Daniel mengenai wanita yang dianggap sesuai menjadi teman hidupnya.

“Saya tanya Daniel, kalau hendak cari calon isteri, dia suka wanita ‘single’ atau ibu tunggal. Daniel minta pilih ibu tunggal kerana dia mahu cari kawan.

“Daniel cakap, kalau saya kahwin dengan wanita bujang, dia kena tunggu lama untuk dapat adik. Hasil perkahwinan terdahulu, isteri saya ada tiga anak.

“Anak sulung dan anak kedua adalah lelaki manakala bongsu perempuan. Seronoklah Daniel ada kawan baharu,” katanya.



Ditanya keistimewaan Afreena hingga hatinya terbuka memilih wanita itu sebagai isteri, Along tertarik dengan kelembutannya.

“Dia bukanlah peminat saya. Walaupun dia tahu saya artis, tetapi, dia tidak tahu segala-galanya mengenai saya. Filem lakonan saya pun dia tidak tahu.

“Dia lemah lembut manakala saya tegas. Kiranya, dia ibarat air dan saya seperti api,” katanya.

Pada majlis pernikahan, Along menyerahkan mas kahwin bernilai RM350 dan sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan.



Semalam, Along memuat naik hantaran berbentuk video yang memaparkan dirinya diijabkabulkan dan mengucup dahi isterinya itu.

Along berkahwin dengan bekas peserta musim keempat Akademi Fantasia (AF), iaitu Zila Seeron pada Januari 2010.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 13. Along dan Zila bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016. BH

Along Cham kahwin lagi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir

Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong

Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker