Seludup ketum ke PKRC, 2 lelaki ditahan

Seludup ketum ke PKRC, 2 lelaki ditahan

Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai cuba menghantar air ketum kepada rakan mereka yang sedang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), di Bachok semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata suspek berusia 18 dah 20 tahun itu ditahan pada 2 petang.

“Seorang anggota polis yang sedang bertugas di PKRC berkenaan melihat kedua-dua lelaki yang menaiki motosikal itu berada dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menahan mereka.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Pemeriksaan di dalam raga motosikal itu menemukan satu beg yang di dalamnya mengandungi satu kotak air minuman disyaki air ketum,” katanya menurut laporan Bernama.

Ismail berkata, saringan air kencing ke atas kedua-dua lelaki itu didapati negatif sebarang jenis dadah.

“Kes akan disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Polis akan turut menyiasat bagi mengesan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di dalam PKRC tersebut,” katanya. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Seludup ketum ke PKRC, 2 lelaki ditahan

Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker