Permudahkanlah Urusan Untuk Bantu Rakyat – Asyraf

Permudahkanlah Urusan Untuk Bantu Rakyat – Asyraf

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan jika ikhlas mahu membantu rakyat, permudahkanlah dan usah persulitkan.

Baginya rakyat makin terdesak dan tertekan saban hari kerana simpanan sudah hampir licin, komitmen bulanan sudah mula tertunggak.

“Harapkan wang caruman KWSP sendiri melalui i-Citra RM10,000 secara one-off pun langsung tidak dilayani Kerajaan. Moratorium tetap dikenakan faedah terakru.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Kononnya kantung negara amat berkurangan, sebabtulah tak dapat bantu penuhi segala #TuntutanRAKYAT untuk naikkan jumlah bantuan BPN, BKC,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Kata beliau lagi Itu pun ramai yang mengadu tak dapat BPR/BKC kali ini kerana kononnya alasan sudah dapat Geran Khas Prihatin.

“Nak merayupun rakyat dipaksa melalui proses yang terlalu banyak birokrasi. Jika ikhlas nak bantu rakyat, permudahkanlah dan usah persulitkan. Rakyat makin terdesak dan tertekan saban hari kerana simpanan sudah hampir licin, komitmen bulanan sudah mula tertunggak,” ujarnya.

Tambah Asyraf dengan strategi menangani COVI-19 yang ternyata gagal, tiada jaminan ekonomi dan kebajikan rakyat mampu dipulihkan dalam tempoh terdekat.

“Janji untuk umum kelonggaran bagi yang sudah menerima dua dos pun rupanya macam dicapatikan. Apa lagi yang rakyat boleh harapkan daripada Kerajaan yang ternyata begitu jauh daripada memahami realiti denyut nadi rakyat,” katanya. UMNO Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Permudahkanlah Urusan Untuk Bantu Rakyat – Asyraf

Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker