Jalankan undi percaya sebelum Agong buka Parlimen

Jalankan undi percaya sebelum Agong buka Parlimen, kata Azalina

Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said, mencadangkan alternatif bagi proses pengundian usul undi percaya terhadap perdana menteri.

Dalam kenyataannya, Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu merujuk bahawa tiada undang-undang bertulis membabitkan proses undi percaya mengikut Peraturan Tetap Dewan.

Beliau ada menyatakan dua persoalan:

“Pertama, adakah menjadi kewajipan usul undi percaya dilaksanakan dalam premis Parlimen bertujuan mengabsahkan proses berkenaan?”

“Kedua, jika pengundian terbuka atau pengundian rahsia diwajibkan, justeru proses berkenaan boleh dilaksanakan di hadapan Speaker, yang bertindak sebagai pengadil, dan jumlah undi dikira oleh Setiausaha Dewan Rakyat.

“Jadi, mengapa prosedur terbabit tidak boleh dilaksanakan di pejabat Speaker dalam tempoh secepat mungkin, sambil disaksikan Ketua Hakim dan dihadiri Ketua Whip daripada parti masing-masing? soalnya.

Azalina turut melontarkan persoalan, mengapa usul berkenaan hanya boleh dibentang pada September ini sekiranya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, bersedia berdepan pengundian itu, sekali gus memberi beliau mempunyai kuasa memanggil persidangan khas mengikut Perintah Tetap Dewan 11(3).


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mengikut peraturan itu, satu-satunya keperluan memanggil persidangan khas itu membabitkan pembentangan agenda segera daripada kerajaan di Parlimen berdasarkan “kepentingan awam”.

“Keabsahan kerajaan adalah perkara penting demi kepentingan awam, jadi perdana menteri tidak mempunyai pilihan memanggil persidangan khas secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong dijadual merasmikan persidangan Parlimen pada 6 September ini menerusi Titah Diraja, yang antara lain disediakan teksnya oleh kerajaan, dibacakan kepada Ahli Parlimen.

Azalina bagaimanapun, mempersoalkan garis masa usul undi percaya yang akan dibentang selepas Titah Diraja oleh Agong, sambil menyifatkan susunan garis masa berkenaan sebagai “cukup meragukan”.

“Bukankah kita sepatutnya menyelesaikan undi percaya terlebih dulu untuk menguji keabsahan kerajaan sebelum Titah Diraja?” Jika kerajaan gagal mendapat undi mencukupi, bukankah itu bermaksud Agong perlu membawa Titah Diraja baharu yang disediakan kerajaan baharu?

“Lebih-lebih lagi, Ahli Parlimen dijangka membahas dan mengundi terhadap Titah Diraja dalam persidangan berkenaan. Mengundi bagi Titah Diraja memberi maksud mengiktiraf keabsahan kerajaan. Antara lain, mengundi menentang Titah Diraja bersamaan menentang kerajaan Agong.

“Adakah wujud kemungkinan kerajaan akan menggunakan Titah Diraja sebagai undi keabsahan untuk dijadikan pengganti kepada usul undi percaya secara rasmi? Jika ya, saya mengakui ianya “strategi bijak,” katanya sinis. FMT

Jalankan undi percaya sebelum Agong buka Parlimen

Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker