Jack Carlin diserang ‘Tentera Bawang Negara’ akibat langgar pelumba Malaysia

Jack Carlin diserang ‘Tentera Bawang Negara’ akibat langgar pelumba Malaysia. PELUMBA basikal trek Britain, Jack Carlin menutup ruangan komen di instagram miliknya selepas diserang oleh netizen Malaysia.

Carlin menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia selepas aksi ‘kurang ajar’ menghimpit pelumba trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom pada aksi saringan pusingan pertama acara keirin pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Velodrome Izu pada Sabtu.

Tindakan Carlin itu menyebabkan Muhammad Shah Firdaus mengalami kecederaan dan terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri daripada saringan pusingan pertama itu.



Walaupun pasukan perubatan menyarankannya tidak meneruskan perlumbaan selepas pelanggaran itu, namun Muhammad Shah Firdaus tetap tidak mahu mengalah dan menyertai perlumbaan repechage.

Kesungguhan dan semangatnya membuahkan hasil apabila dia menamatkan saingan repechage di kedudukan kedua di belakang pelumba Trinidad & Tobago, Kwesi Browne sekali gus menempah tiket suku akhir.

Saingan suku akhir pada Ahad akan sekali lagi menemukan Muhammad Shah Firdaus dan Carlin apabila kedua-dua mereka diletakkan dalam satu kumpulan untuk aksi saringan suku akhir kedua.

Jack Carlin diserang ‘Tentera Bawang Negara’ akibat langgar pelumba Malaysia




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sanusi dakwa gurauan di ambil luar konteks



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker