MP DAP Ditawarkan Jawatan Menteri?

RAKYAT dikejutkan dengan desas desus Muhyiddin tawarkan jawatan Menteri kepada Ahli Parlimen DAP. Jika ini benar, maka dakwaan beliau sedang “membeli” ahli Parlimen untuk menyokong dalam undi Percaya di Parlimen pada September ini untuk menentukan keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri adalah berasas.

PN sedang dibayangi krisis sokongan majoriti dalam kalangan ahli parlimen.Kini Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong dan Kelvin Yii (Kuching) dikatakan sedang mendapat tawaran ini.

Memetik sumber, Malah Khoo berkongsi mesej WhatsApp yang diterimanya, Khoo berkata terdapat nombor yang tidak dikenali menghubunginya dan memberitahu mengenai dua kekosongan jawatan menteri sekarang.



“Keluarlah dari bayang-bayang keluarga Lim… kita perlu lebih ramai wakil bukan Melayu dalam kerajaan ini,” menurut mesej tersebut yang merujuk kepada dua pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Khoo merupakan wakil rakyat dari DAP.

Individu tersebut turut menawarkan “Durian RM30” dan jawatan menteri. Bagaimanapun, tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan “Durian RM30”. namun menjanjikan “durian” berkenaan akan dibayar segera secara tunai.

Khoo bagaimanapun tidak membalas terhadap tawaran itu.



Mungkin PN sangat terdesak ekoran tindakan Ahli Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad meletak jawatan sebagai menteri pendidikan tinggi sehari selepas Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah melakukan perkara yang sama.

Kedua-dua mereka bertindak begitu sebagai mematuhi keputusan Majlis Tertinggi Umno yang mengarahkan semua ahli parlimen parti itu agar menarik diri daripada kerajaan PN.

Khoo turur berkongsi mesej tersebut ke Facebooknya, Khoo menulis: “Kota Melaka bukan untuk dijual.” Dia juga secara bergurau mencadangkan jika ada sesiapa yang berminat untuk menjadi menteri mereka boleh menghubungi individu tersebut.

Sementara itu, Yii yang turut menerima mesej yang sama berkongsinya di Twitter.



“Nampaknya, nilai kami dikira dengan durian sekarang,” ciapnya.

Untuk makluman, ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata setiausaha suilitnya telah membuat laporan polis setelah menerima mesej yang sama.

“Pegawai saya menerima panggilan rambang dan kemudian diikuti dengan mesej WhatsApp yang menawarkan saya “wang, kedudukan menteri dan insentif tambahan” sebagai pertukaran sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, dia menasihati kerajaan PN dan Perdana Menteri supaya memberi tumpuan terhadap ‘kegagalan’ mereka berbanding cubaan membeli ahli parlimen.



“Tidak mengejutkan bagi saya bahawa PN begitu terdesak untuk mengekalkan kuasa hingga mereka mendekati ahli parlimen untuk memberi rasuah kepada mereka, tetapi apakah mereka tidak malu dengan kegagalan dan salah urus dalam memimpin negara ini keluar dari pandemik Covid-19,” kata Kulasegaran.

Rakyat sangat berharap agar SPRM dapat mengambil tindakan memandangkan laporan polis telah dibuat berkenaan perkara ini.

– Nurul Aisyah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker