MP Parit Nafi Sokong PN

TAMPARAN hebat kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria pula menyatakan yang dia mengikut keputusan yang telah dibuat Majlis Tertinggi (MT) Umno iaitu menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, dua Ahli Parlimen Umno menafikan dakwaan mereka termasuk dalam kalangan 31 ahli parlimen BN yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Saya patuh kepada keputusan parti. Parti melalui MKT telah membuat keputusan serta ketetapan dan sebagai ahli parti, saya ikut keputusan parti,” kata Nizar dalam catatan di Facebook.

Semalam, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Noh Omar dan Ahli Parlimen Baling, Azeez Abdul Rahim menafikan mereka menyokong Perikatan Nasional (PN).

Nizar dan Noh merupakan antara 11 ahli parlimen termasuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mengadakan sidang media bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin dan PN. Bagaimanapun, Ismail pula mendakwa Noh dan dua lagi yang bersama Zahid – iaitu Azeez dan Nizar menyokong PN.

Ketika menafikan perkara itu, Noh dan Azeez menjelaskan mereka memang menyertai mesyuarat ahli parlimen BN dan menandatangani kehadiran, tetapi itu tidak bermakna mereka menyokong PN.

Kata Noh, dia bersetuju bahawa kerajaan PN masih sah pada masa ini tetapi hanyalah sehingga undi percaya dibuat di parlimen.

Isu sokongan Ahli Parlimen UMNO terhadap PN ini dikatakan mengundang tekanan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap parti UMNO. Menurut ROS, keputusan UMNO menangguhkan pemilihan Majlis Tertinggi (MT), Bahagian dan Cawangan selama 18 bulan adalah tidak sah.

ROS menggunakan alasan perkara itu sebagaimana terkandung dalam minit mesyuarat MT UMNO pada 7 Julai lalu. Mereka berpandangan, ketetapan itu adalah kerana tempoh pemegang jawatan MT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun lalu.

– Nurul Aisyah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker