Abang Johari kata utamakan rakyat bukan berebut kuasa

Sebaran :

Abang Johari kata utamakan rakyat bukan berebut kuasa. Pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat amat diperlukan bagi mencapai kestabilan dalam pentadbiran kerajaan, berbanding pemimpin yang hanya sibuk berebut kuasa politik, kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, meskipun sesebuah kerajaan itu mempunyai strategi dan perancangan polisi yang baik, namun tanpa kestabilan politik, ia tidak akan berjaya dilaksanakan.

“Di Sarawak kita mempunyai Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 dan kita akan mampu mengubah Sarawak melalui semua sumber yang ada dan pentadbiran yang berkesan.

“Kita juga memerlukan pemimpin yang benar-benar mengutamakan rakyat berbanding pemimpin yang asyik berebut kuasa. Apa yang kita perlukan ialah kestabilan. Syukur, Sarawak mempunyai kerajaan yang stabil. Hal ini penting kerana walaupun kita mempunyai rancangan yang baik namun tanpa kestabilan, saya tidak fikir kita mampu untuk melaksanakan rancangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis mengumumkan pemenang Pertandingan Seni Bina Langit, di sini pada Sabtu.

Arkitek Sarawak Jascinta Yii dan Alan Kueh muncul johan pertandingan tersebut dengan rekaan bersama bangunan komersial serba guna 18 tingkat, menewaskan 112 penyertaan lain dari seluruh negara

Abang Johari kata utamakan rakyat bukan berebut kuasa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kerajaan cakap tak serupa bikin – Rafidah


Sebaran :

Leave a Reply