Kerajaan cakap tak serupa bikin – Rafidah

Kerajaan cakap tak serupa bikin – Rafidah

Kerajaan tiada penyelesaian masalah negara, sekadar cakap tak serupa bikin, kata Rafidah

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Rafidah Aziz berkata, kerajaan tidak mengambil tindakan berkesan untuk menyelesaikan masalah rakyat, kecuali sekadar menawarkan “kenyataan palsu dan berpura-pura”.

Katanya, mereka yang memegang kuasa asyik “khayal” memegang jawatan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengukuhkan kedudukan diri dan mengabaikan kebajikan negara.

Beliau berkata, Malaysia bagaimanapun bernasib baik kerana dibela oleh perkhidmatan awam, yang sebahagian besarnya masih komited menawarkan perkhidmatan sebaik mungkin kepada rakyat.

“Sudah tentu kadang kala akan berlaku keadaan di mana…penjawat awam, yang mempunyai niat terbaik untuk rakyat dan negara, ditolak dan diketepikan bos (lantikan) politik mereka,” kata Rafidah dalam catatan Facebook.

Beliau pasti kebanyakan rakyat Malaysia amat berterima kasih kepada usaha petugas barisan hadapan dan kakitangan perubatan bertungkus lumus memerangi pandemik Covid-19.

“Nafsu politik tidak patut dibenarkan untuk menidakkan kerja baik mereka ini yang tidak mengenal penat lelah,” kata beliau.

Katanya, negara memerlukan kerajaan yang “cekap, mempunyai asas baik dan bertanggungjawab” untuk mengatasi cabaran sedia ada kerana rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan lebih baik berbanding yang ada sekarang.

Beliau berkata, antara kegagalan kerajaan sekarang ialah pelaksanaan dasar tidak berkesan seperti mengubah SOP dan sekatan pergerakan tidak masuk akal serta mengamalkan pendekatan “diktator” untuk tadbir urus, selain menggunakan darurat bagi mengelakkan Parlimen bersidang. FMT

Kerajaan cakap tak serupa bikin – Rafidah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker