Dana PAS: Selesaikan isu air rakyat tiada duit, bantu Bersatu duit sedekah dari mana?

 

Umno hari ini menyindir PAS selepas parti itu menyatakan secara terbuka kesanggupan mereka untuk menyerahkan sumbangan kewangan kepada Bersatu bagi menghadapi enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Menggunakan ungkapan “sedekah” Ketua Penerangan Umno Isham Jalil bertanya kepada PAS dari mana mereka mendapat dana tersebut bagi membantu sekutu parti berkenaan dalam PN.



Isham juga secara spontan mengingatkan bahawa sebelum ini PAS – melalui kerajaan Kelantan – mendakwa mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi menyelesaikan isu bekalan air bersih di negeri berkenaan.

“Dulu (PAS) kata tak ada duit untuk selesaikan isu air. Sekarang kata banyak duit pula sampai boleh bagi kepada parti lain. Ini duit sedekah dari mana pula?

“Dan adakah kamu minta ‘sedekah’ daripada kontraktor projek kerajaan untuk (kemudian) ‘sedekah’ kepada Bersatu untuk (selepas itu) ‘sedekah’ pula kepada pengundi?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Isham dia juga berminat untuk tahu sudah berapa banyak ‘sedekah’ disumbangkan oleh Bersatu kepada PAS sebelum ini.



Perlu dijelaskan oleh PAS juga, katanya, ialah berapa banyak dana berbentuk tunai yang ‘disedekahkan’ itu disimpan oleh parti terbabit.

“Jika punca sumber ‘sedekah-sedekah’ ini adalah dari projek-projek kerajaan, itu adalah daripada duit cukai rakyat atau duit pinjaman kerajaan.

“Duit ini tidak sepatutnya dan haram dimasukkan ke akaun parti politik untuk diguna oleh pemimpin-pemimpin parti politik untuk mereka menang pilihan raya,” katanya lagi.

Jawab di mahkamah



Terdahulu media melaporkan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata parti itu sedia memberikan dana kepada Bersatu ketika akaun parti rakan mereka itu dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Nik Zawawi yang merupakan salah seorang pemimpin kanan PAS berkata dalam apa juga keadaan mereka akan sentiasa menyokong Bersatu bagi menghadapi PRN.

“PAS ini banyak duit. Kalau Bersatu tiada duit, maka kita beri mereka duit. Tetapi, tidak kiralah untuk apa-apa pun selepas ini, duit banyak sahaja yang akan diberikan oleh ahli-ahli PAS.

“Sebenarnya, PAS tidak perlukan satu jumlah yang besar pun. Macam saya sendiri bertanding pilihan raya, saya tidak keluar duit banyak, berapa ribu sahaja saya keluarkan.



“Selebihnya ahli-ahli PAS yang bayarkan. Jadi, kita mahu kata apa?” katanya.

Pada masa sama PAS juga kini dibayangi dakwaan ‘rasuah pilihan raya’ ekoran tersebarnya klip video menunjukkan seorang lelaki mengagihkan wang kepada sekumpulan individu yang bersumbah dengan nama Allah bahawa mereka sudah memangkah parti berkenaan.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang kemudian mempertahankan tindakan tersebut dan menganggapnya tidak melanggar peraturan pilihan raya apabila ia tidak membabitkan calon atau wakil calon.

Dia juga menganggap sumbangan wang tersebut sama seperti pemberian sedekah.



Menurui Isham jika ada pemimpin kerajaan meminta, menerima atau mengguna duit dari projek kerajaan untuk kegunaan parti semasa mereka berkuasa, itu adalah suatu kesalahan rasuah atau salah guna kuasa.

Pada masa sama Isham menitipkan pesanan buat pemimpin Bersatu supaya tidak menegakkan “benang yang basah” berhubung tuduhan rasuah dihadapi pemimpin parti itu.

“Kepada Muhyiddin (Yassin), Bersatu dan PAS, usahlah menegakkan benang basah. Jawab sahaja di mahkamah.

“Kamu sekarang sudah jadi kluster mahkamah. Hadaplah pengadilan,” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker