Pandelela cemas kepala hampir terkena platform
Pandelela cemas kepala hampir terkena platform
Pandelela Rinong berdepan detik cemas apabila kepalanya hampir mengenai platform ketika melakukan terjunan sebelum mara ke separuh akhir 10 meter platform individu wanita semalam.
Perkara itu, dikongsi Setiausaha Kehormat Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Mae Chan yang mengakui, Pandelela hilang fokus di terjunan keempat yang menyaksikan dia mendapat markah terendah 28.80 mata disebabkan rambutnya terkena platform.
Hampir gagal ke separuh akhir, Pandelela lega sejurus berjaya menyambar ‘tiket terakhir’ dengan menduduki tangga ke-18.
“Terjunan keempat Lela terlalu dekat dengan platform dan rambutnya mengenai platform sehingga menimbulkan ketakutan kepadanya. Jadi dia hilang fokus tetapi berjaya bangkit pada terjunan terakhir,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Bagaimanapun, situasi itu tidak mematahkan semangat Pandelela yang lebih mesra disapa Lela apabila bangkit melakukan aksi lebih baik di terjunan terakhir dan mengutip 70.40 mata, sekali gus meneruskan kemaraan.
Juara Piala Dunia 2021 dan pemenang pingat gangsa Olimpik London 2012 itu menamatkan aksi dengan 284.90 mata, manakala seorang lagi wakil negara, Cheong Jun Hoong pulang awal apabila menduduki tangga ke-26 dengan 251.80 mata.
Hanya 18 penerjun di separuh akhir pagi ini, manakala 12 terbaik pula bertanding dalam perebutan pingat di sebelah petang.
“Lompatan saya OK, tapi dalam kejohanan ada beberapa kesilapan berlaku, terutama di terjunan keempat.
“Esok saya akan cuba beri kanaksi lebih baik,” kata Pandelela. Utusan
Pandelela cemas kepala hampir terkena platform
Baca Artikel Menarik :
- Earth-shattering day for Muhyiddin
- Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin
- Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul
- Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan
- Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best
- Muhyiddin khttps://https//mykmu.net/2021/08/03/saya-sayang-parti-dari-jawatan-shamsul/ekal PM, bergabung dengan Pejuang, Warisan?
Layari Laman Facebook MYKMU
Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin
You must be logged in to post a comment.