Syed Saddiq didakwa lagi, mengaku tidak bersalah

Syed Saddiq didakwa lagi, mengaku tidak bersalah

Syed Saddiq mengaku tak salah 2 tuduhan gubah wang haram RM100,000

JOHOR BAHRU: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM100,000.



Ahli Parlimen Muar itu berdepan dua tuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika didapati bersalah, beliau berdepan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

“Pertuduhan di Johor Bahru ini adalah pertuduhan AMLATFPUAA yang berkaitan dengan pertuduhan predikat yang sudah dibacakan di Kuala Lumpur,” katanya kepada BH, hari ini.

SPRM semalam turut mengedarkan jemputan liputan media memaklumkan seorang Ahli Parlimen akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pagi esok.



Ia berikutan SPRM sudah mendapat arahan bagi meneruskan pendakwaan kes berkenaan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Syed Saddiq didakwa lagi, mengaku tidak bersalah


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker