Faizal Tahir terkejut tiket konsert dijual bermula RM488

Selepas 17 tahun berkecimpung dalam industri muzik, penyanyi, komposer dan penulis lirik, Faizal Tahir mengumumkan penganjuran konsert sulung yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre, 2 September depan.

Bagaimanapun, tiket konsert Aku Faizal Tahir Live in Kuala Lumpur yang mula dijual bermula hari ini menjadi perbualan hangat netizen selepas harga paling rendah ditawarkan bermula RM488.

Mengakui agak terkejut dengan harga itu, Faizal berkata, dia tidak boleh mengulas lanjut perkara tersebut kerana semuanya diuruskan oleh pihak penganjur, JioBuddy.



“Saya tak boleh jawab lebih-lebih tentang harga tiket kerana di luar bidang kuasa saya. Semuanya diserahkan 100 peratus kepada pihak pengurusan dan penganjur kerana mereka juga mengambil kira banyak faktor sebelum memutuskan harga tiket.

“Kalau hendak ubah semula harga tiket juga bukan satu benda yang bagus sebab sudah dihebahkan. Mungkin ada sedikit salah saya juga sebab tak ambil kisah tentang harga tiket sejak awal sebelum melihat harga yang sudah diletakkan,” katanya dalam sidang akhbar di JioSpace di sini, semalam.

Di sebalik rungutan ramai mengenai harga tiket, Faizal berjanji untuk memberikan persembahan terbaik di lokasi acara yang mampu memuatkan seramai 2,900 penonton.

Jelasnya, dia tidak mahu terlalu rungsing memikirkan aspek itu sehingga boleh mengganggu fokusnya untuk konsert.



“Serba sedikit mesti ada tekanan juga. Apapun yang berlaku konsert mesti diteruskan juga.

“Paling penting konsert ini adalah tentang pengalaman muzik. Bukan setakat datang melihat saya buat persembahan, kemudian balik tak dapat apa-apa. Kita akan susun dengan beberapa segmen yang menceritakan perjalanan seni saya.

“Ia lebih kepada sebuah perkongsian penceritaan sepanjang 17 tahun saya berada dalam industri muzik. Saya yakin peminat yang datang dan sanggup beli tiket akan pulang dengan sesuatu dan menjadi manusia yang lebih baik,” jelasnya.

Menerusi konsert itu, Faizal bakal mendendangkan seleksi lagu hitsnya daripada lima album termasuk Aku.Muzik.Kamu, Adrenalin dan Faizal Tahir serta Anatomi & Rojak.



Sebagai tanda kasih buat semua pihak yang mendukung perjalanan kariernya, Faizal merakamkan semula lagu Sampai Syurga yang akan menjadi hadiah atau momen paling berharga untuk diperdengarkan pada malam konsert.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket konsert bermula RM488 (platinum), RM588 (Diamond) dan RM688 (VIP) secara dalam talian, bermula hari ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan



Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker