Ismail Sabri bakal dikenakan tindakan?

Ismail Sabri bakal dikenakan tindakan?

Ismail akan berdepan ‘akibat’ kerana berdiri dengan Muhyiddin, kata Zahid

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob akan berdepan ‘akibat’ dari tindakan menentang keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti dan tampil berdiri bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bercakap kepada The Vibes semalam, Zahid berkata Ismail pada mulanya bersetuju untuk akur keputusan parti.

“Ismail Sabri berada dalam mesyuarat dan bersetuju dengan keputusan MKT untuk tarik sokongan daripada PN, malah memberitahu ahli MKT yang beliau akan menuruti (segala) keputusan parti.

“Sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atas beliau akan dibuat berpandukan Perlembagaan parti,” tegasnya.

Zahid menambah bahawa dia akan menyerahkan kepada lembaga disiplin Umno, yang diketuai oleh Zulhasnan Rafique, untuk memutuskan tindakan terhadap Ismail.

“Saya akan menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin parti untuk menilai keputusan dibuat Ismail itu,” tambahnya.

Ismail tampil berdiri di sebelah Muhyiddin semalam ketika presiden Bersatu itu menegaskan bahawa dia masih mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dan menyatakan kesediaan berdepan undi percaya pada persidangan September ini.

Sehari sebelum itu, 11 ahli parlimen Umno, termasuk Zahid, telah menarik sokongan daripada Muhyiddin.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk sejak itu memberi gambaran mendakwa lebih banyak pemimpin Umno akan menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Menteri Umno harus meletakkan jawatan

Sementara itu, Zahid memberitahu Utusan Malaysia bahawa menteri dan timbalan menteri Umno harus meletakkan jawatan seperti diputuskan MKT.

“Terserah kepada mereka. Kalau patuh pada parti, sila letak jawatan seperti yang dibuat Shamsul (Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah),” katanya seperti dilapor.

Shamsul melepaskan jawatannya sebagai menteri tenaga dan sumber semula jadi pada hari Selasa, sejurus sebelum Zahid mengumumkan keputusan MKT.

Kini terdapat lapan menteri dalam kabinet Perikatan Nasional: Ismail (timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan), Hishammuddin Hussein (hal ehwal luar negeri), Noraini Ahmad (pendidikan tinggi), Dr Adham Baba (kesihatan), Khairy Jamaluddin (sains, teknologi dan inovasi ), Reezal Merican Naina Merican (belia dan sukan), Halimah Siddique (perpaduan negara) dan Annuar Musa (wilayah persekutuan).

Parti itu juga mempunyai tujuh timbalan menteri: Mastura Yazid (jabatan perdana menteri), Zahidi Zainul Abidin (komunikasi dan multimedia), Ahmad Masrizal Muhammad (alam sekitar), Ismail Abd Muttalib (perumahan dan kerajaan tempatan), Ahmad Hamzah (industri pertanian dan makanan), Ismail Mohamed Said (kementerian dalam negeri) dan Abdul Rahman Mohamad (pembangunan luar bandar).

Menteri Umno tidak bersetuju

Seorang menteri Umno dilapor Bernama TV malam tadi bahawa dia tidak bersetuju dengan Zahid.

Annuar berpendapat bahawa menteri-menteri Umno tidak perlu mematuhi keputusan parti kerana mereka bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat ketika pandemik Covid-19.

“Katakanlah Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) tengah sibuk dengan vaksinasi. Tiba-tiba keluar kerajaan.Macam itu ke tanggungjawab kita?

“Sama juga Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) bertanggungjawab soal kesihatan. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Kanan Luar Negeri) bertanggungjawab soal COVID-19 keseluruhannya.

“Kebetulannya semua menteri UMNO. Oleh kerana satu perintah, kita kena tinggalkan sebegitu. Tak boleh begitu. Kita kena duduk. Fikir betul-betul. Yang mana dahulu yang mana kemudian. Yang mana nak sokong atau tidak. Ada tempoh sebulan lagi sebelum Parlimen bersidang,” katanya. Mk

Ismail Sabri bakal dikenakan tindakan?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker