Buang bayi, mayat terlepas jatuh dalam longkang

Buang bayi, mayat terlepas jatuh dalam longkang

Polis menemui mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dalam longkang berhampiran kebun durian di Pondok Upeh, Balik Pulau di Pulau Pinang semalam, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya Kamarul Rizal Jenal.

Beliau berkata, mayat bayi berkenaan ditemui 2.30 petang susulan laporan diterima daripada doktor di Hospital Balik Pulau.

Katanya, doktor terbabit mendakwa menerima pesakit wanita warga asing yang mengalami pendarahan pada rahim dan dipercayai baru melahirkan bayi selepas pegawai perubatan menemui uri dalam rahimnya, bagaimanapun suspek enggan beri kerjasama berhubung kelahirannya.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 35 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan semalam selepas dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah oleh majikannya pada 6 petang,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Kamarul berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku membuang bayinya di dalam longkang berdekatan rumah yang pada awalnya dia berniat menanam bayi itu selepas menyedari lahir dalam keadaan tidak bernyawa.

Tambah beliau, apabila sampai berdekatan longkang suspek berasa mahu pitam dan bayi berkenaan terlepas daripada pegangannya sebelum jatuh dalam longkang, namun sempat kembali ke rumah dan pengsan di dapur sebelum dibantu majikannya yang berusia 54 tahun.

“Suspek juga mengaku mengandung hasil hubungannya dengan pekerja kebun yang tinggal berdekatan dengan tempat kerjanya,” katanya.

Katanya, mayat bayi itu akan dibedah siasat hari ini selepas mendapat keputusan saringan Covid-19 dan usaha mengesan lelaki yang dipercayai bapa bayi berkenaan sedang giat dijalankan.

“Suspek wanita itu ditahan di wad hospital ketika ini berikutan dia masih perlu mendapat rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Buang bayi, mayat terlepas jatuh dalam longkang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker