Elak PH kembali memerintah bertepatan dengan maqasid syarak

Elak PH kembali memerintah bertepatan dengan maqasid syarak. Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) berpandangan bahawa mengekalkan kerajaan sedia ada yakni Perikatan Nasional (PN) sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan mengelakkan Pakatan Harapan (PH) daripada kembali memerintah adalah bertepatan dengan maqasid syarak.

Presiden BERJASA, Haji Zamani Ibrahim mendakwa, menyerahkan kembali negara kepada PH yang mana telah gagal memerintah selama 22 bulan akan menambahkan keparahan sedia ada.

Beliau menegaskan, negara mesti dibina semula melalui rentak politik yang segar yakni dengan barisan kepimpinan berwibawa, berprinsip dan berhikmah. 



“Pemimpin yang ada sekarang adalah pemain politik yang gagal membina negara, jika tidak masakan situasi menjadi sebegini.

“Sewaktu sidang berjalan juga sudah terbukti, masih wujud Ahli Parlimen yang boleh kita katakan tidaklah bersungguh mana ingin memperbaiki polisi malah diam seribu bahasa, tidak kurang juga yang penuh emosi lantas akhirnya tidak memberi apa-apa impak yang kita harapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, di saat genting sebegini, Ahli Parlimen sewajarnya menumpukan kepada usaha menangani isu yang dihadapi rakyat di kawasan masing-masing. 

“Semua perlu mengenepikan perbezaan sebaliknya bekerjasama menangani pengurusan COVID-19 ini. 



“Dengan masalah pengangguran yang semakin meningkat, ekonomi yang tidak stabil, perniagaan yang banyak terjejas dan masalah sosial yang semakin hari meresahkan kita. 

“Di manakah sebenarnya kualiti Ahli Parlimen di negara kita ini? Tidakkah mereka boleh berdiskusi secara tenang dan matang?,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan PN mesti sentiasa mengutamakan agenda watan. 

“Pemimpin parti sedia ada dan masih ikhlas serta benar-benar bersih mesti mengambil peranan untuk membina negara ini bersama-sama. Asas utama kepada kerjasama tersebut mestilah atas agenda mendaulatkan watan berteraskan Islam dan Perlembagaan.



“Usaha untuk menyatukan semua parti Melayu dan Islam adalah langkah yang mesti dilaksanakan. 

“Keegoan parti tidak patut lagi menjadi resepi di dalam kerjasama antara parti. Kuasa muafakat yang jujur sahaja yang dapat menyumbang kepada keharmonian negara,” katanya.

Elak PH kembali memerintah bertepatan dengan maqasid syarak

 




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


SD boleh berubah, Undi percaya di Parlimen lebih jelas



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker