SD boleh berubah, Undi percaya di Parlimen lebih jelas

SD boleh berubah, Undi percaya di Parlimen lebih jelas. Kaedah penentuan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat adalah proses pengesahan keabsahan sokongan majoriti ahli Parlimen yang paling telus dan tepat berbanding kaedah mengumpul surat akuan bersumpah (SD).

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, secara peribadi, beliau gembira Yang di-Pertuan Agong,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat keputusan tepat apabila memperkenankan permintaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya usul undi percaya ditentukan menerusi sidang Parlimen pada bulan September hadapan.

Jelas beliau, kaedah itu juga langkah terbaik bagi mematahkan cubaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengelirukan Istana Negara dan rakyat apabila mendakwa memiliki jumlah SD ahli Parlimen parti itu mencukupi bagi membuktikan kerajaan PN hilang majoriti.



“Sememangnya selepas sidang media Ahmad Zahid petang semalam (Selasa), saya sendiri pun keliru sama ada dakwaan beliau sudah ada jumlah SD ahli Parlimen UMNO mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan PN sahih atau tidak.

“Sejujurnya, sejumlah 36 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah menandatangani surat akuan menyokong Muhyiddin pada malam Ahad.

“Sebilangan ahli Parlimen UMNO yang kelihatan bersama Zahid pada sidang media semalam (Selasa), sebenarnya termasuk dalam senarai mereka yang menyokong Muhyiddin pada malam Ahad.

“Justeru, sidang media Ahmad Zahid memang amat mengelirukan. Sebab itu keputusan Yang di-Pertuan Agong membenarkan Perdana Menteri menentukan keabsahan sokongan terhadap beliau adalah tepat. Jika tidak, dakwaan liar akan berterusan timbul,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.



Desakan campur urusan mahkamah, Muhyiddin perlu buat laporan polis

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Muhyiddin yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan permintaan beliau untuk membuktikan keabsahan sokongan ahli Parlimen terhadapnya menerusi usul undi kepercayaan di sidang Parlimen, September hadapan.

Permohonan itu disembah maklum Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong susulan warkah Seri Paduka Baginda memaklumkan bahawa terdapat lapan ahli Parlimen UMNO telah menulis surat kepada baginda menyatakan mereka telah menarik sokongan daripada Perdana Menteri itu.



Dalam sidang media khas itu juga, Muhyiddin turut menegaskan beliau masih memiliki jumlah sokongan majoriti ahli Parlimen, sekali gus menyatakan isu peletakan jawatan bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan tidak berbangkit.

Sementara itu, Mohamed Nazri turut berpandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal berdepan kesukaran untuk mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen dalam tempoh sebulan sebelum sidang Parlimen dibuka semula.

Jelas beliau, tidak mungkin ahli-ahli Parlimen daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanahairku (Pejuang) akan bersetuju menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri kerana pengasas Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah mencadangkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri seterusnya.

“Jadi, sebagaimana saya cakap sebelum ini, tempoh sebulan ini mungkin akan digunakan sepenuh Anwar bagi ‘membeli’ sokongan ahli-ahli Parlimen PN.



“Saya tunggu tawaran Anwar. Harap-harap tawaran itu jangan sekadar janji manis politik sebagaimana dikemukakan beliau selama ini,” kata Mohamed Nazri menyindir Anwar.

SD boleh berubah, Undi percaya di Parlimen lebih jelas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Jangan tipu, kenapa tunggu Sept? Buktikan sekarang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker