Jangan tipu, kenapa tunggu Sept? Buktikan sekarang

Jangan tipu, kenapa tunggu Sept? Buktikan majoriti di Parlimen sekarang

Kalangan Ahli Parlimen termasuk Najib Razak, mencabar Muhyiddin Yassin menguji keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri di Dewan Rakyat “sekarang,” bukannya menunggu sehingga September untuk usul percaya terhadapnya dibentangkan.

Najib turut menyifatkan sebagai pembohongan, dakwaan Perdana Menteri menjadi sasaran kumpulan yang mahukannya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan “beberapa individu.”



Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata selain penipuan itu, Muhyiddin tidak memberikan sebarang sebab rasional kenapa usul percaya terhadapnya harus ditangguhkan sehingga September, sedangkan ia boleh dilakukan segera.

“Dia kata dia percaya bahawa dia masih ada sokongan majoriti. Tapi dia berjanji pada YDP Agong akan usulkan undi percaya terhadap dia pada sesi Parlimen bulan September.

“Kenapa pula bukan sekarang, memandangkan kita baru masuk bulan Ogos?” soal Najib di Facebook.

Najib berkata, alasan Parlimen tidak boleh bersidang kerana penularan Covid-19 tidak boleh diterima kerana hakikat adalah sebaliknya.



“Saya tengok mereka yang kononnya terdedah pada Covid dalam Parlimen sudah bebas ke sini dan ke sana – siap ‘meeting’ tiap-tiap malam di rumah,” katanya, dipercayai merujuk kepada mesyuarat di rumah Muhyiddin melibatkan penyokong beliau.

“Akhirnya dia (Muhyiddin) salahkan dan menipu bahawa mereka yang tarik sokongan terhadap dia adalah mereka yang mahu kes mereka digugurkan,” kata Najib.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin turut menyatakan bahawa semua Ahli Parlimen hakikatnya bersedia untuk membuat undian bagi menentukan sokongan majoriti terhadap Muhyiddin esok.



“Sebenarnya semua Ahli Parlimen sepatut (dipanggil) esok untuk membuktikan majoriti anda,” katanya di Twitter, dalam ciapan ditujukan kepada Muhyiddin.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, usul percaya terhadap Muhyiddin sepatutnya dibentangkan pada Mac tahun lalu apabila beliau dilantik menjadi Perdana Menteri, bukannya bulan depan.

“Jika dia memiliki ‘nombor’ yang diperlukan (sokongan majoriti), dia harus memanggil Parlimen bersidang sekarang. Di bawah Perintah Tetap 11 (3), ini dapat dilakukan tanpa pemberitahuan 28 hari, dengan satu agenda khusus: usul percaya (terhadap Muhyiddin). ”

“Sebaliknya dia sengaja membiarkan masalah ini berlanjutan dan tetap tidak dapat diselesaikan,” kata beliau.



Ahli Parlimen Subang Wong Chen turut mendesak Muhyiddin tidak berlengah untuk membuktikan sokongan majoritinya secara terbuka.

“Oleh kerana Perdana Menteri mendakwa dia masih memiliki majoriti walaupun beberapa Ahli Parlimen Umno menarik diri, ia bererti dia memiliki sokongan sekurang-kurangnya 111 Ahli Parlimen. Sila namakan mereka yang merangkumi kelebihan majoriti itu,” katanya.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin mempersoalkan mengapa sidang khas semasa, yang ditangguhkan selama dua minggu dari 29 Julai, tidak dapat digunakan untuk membentangkan usul percaya terhadap Muhyiddin.

“Masih tidak selamat bagi Ahli Parlimen untuk mengadakan mesyuarat? Lihatlah semua perjumpaan larut malam di kediaman PM atau di hotel. Ahli Parlimen yang didakwa terdedah kepada Covid-19 itu aktif bergerak ke sana sini,” katanya.



Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii, dalam ciapan ringkasnya, mengatakan bahawa pengumuman Muhyiddin itu adalah “taktik penangguhan” dan hanya memanjangkan krisis politik.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata Perdana Menteri “menyampaikan” kesnya kepada Agong selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Menurut Perlembagaan Persekutuan, sebarang usaha untuk menyingkir Perdana Menteri mesti dilakukan di Parlimen melalui pembentangan usul percaya.

Wan Fayshal berkata, Pemuda Bersatu akan terus menyokong Muhyiddin dan kerajaan.



Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan beliau akan membuktikan keabsahannya di Parlimen September ini, menerusi usul undi percaya, meskipun yakin mempunyai sokongan majoriti di Parlimen menerusi surat akuan mereka.

“Melalui cara ini (pembentangan usul percaya), kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan,” katanya. FMT

Jangan tipu, kenapa tunggu Sept? Buktikan majoriti di Parlimen sekarang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker