UMNO perlu balik keputusan asal

KUALA LUMPUR : UMNO disaran untuk kembali pada keputusan asal iaitu meneruskan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ia selaras dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 sebelum ini untuk terus menyokong kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU).

“Kekal sahaja dengan keputusan asal, jangan dipinda. Sebab keputusan semalam yang dibuat, kerajaan tetap tidak tumbang?

“Apa permainan mereka ini? Nak jatuhkan kerajaan, kemudian nak tubuh kerajaan dengan Bersatu juga? Tidakkah ia dilihat main-main?” soalnya ketika dihubungi, semalam.

Malah jelas Tajuddin, ‘kesilapan’ yang dibuat UMNO bukan kali pertama, malah berulang kali strategi cuba dilakukan, tetapi akhirnya akan merugikan UMNO.

“Bila Perdana Menteri dah buat keputusan, masing-masing rasa macam terperangkap, kan? Ada seorang dua yang dah hubungi  balik, cakap mereka ditarik-tarik untuk berdiri bersama pada sidang media yang UMNO buat kelmarin.

“Perlu diingat, jalan nak pergi ke Ipoh ni ada banyak, ada jalan kampung, ada lebih raya. Strategi tidak mengena. Berapa kali Zahid dah buat kesilapan?

” Sebab kalau niat dah lain, memang takkan jadi,” jelasnya lagi.

UMNO perlu balik keputusan asal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nazri kata permintaan Muhyiddin diperkenan Agong bukti PM tidak derhaka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker