Anwar dicabar buktikan majoriti sekarang tanpa tunggu Parlimen

Anwar dicabar buktikan majoriti sekarang tanpa tunggu Parlimen. Pemuda Pas mencabar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan keabsahan mempunyai sokongan majoriti.

Ketua Penerangannya, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, sudah berkali-kali Ketua Pembangkang itu mendakwa beliau mempunyai majoriti, namun sehingga kini ia gagal dibuktikan.

Malah, katanya, PH tidak perlu membuktikan mereka benar mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat sebaliknya boleh dibuktikan di luar.



“Kes Datuk Seri Nizar Jamaluddin melawan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada tahun 2010 membuktikan bahawa majoriti sokongan boleh sahaja dibuktikan di luar Dewan.

“Soalnya bila Anwar Ibrahim dan PH ingin buktikan. Jangan hanya bermain persepsi, buktikan majoriti anda jika berani,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Khairul Nadzir berkata, tuduhan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai majoriti merupakan suatu persepsi dilemparkan PH dengan niat menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, sekalipun didakwa tidak mempunyai majoriti, sokongan kerajaan PN telah teruji melalui undian-undian di Dewan Rakyat sebelum ini.



“Termasuk yang terkini undian Rang Undang-Undang Perbekalan 2021. Ia membuktikan PN mempunyai majoriti sokongan semasa kerajaan ini terbentuk.

“Malah, kerajaan PN berani menzahirkan bilangan sokongan mereka melalui undi percaya dalam sidang Parlimen akan datang,” katanya.

Anwar dicabar buktikan majoriti sekarang tanpa tunggu Parlimen


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Desakan campur urusan mahkamah, Muhyiddin perlu buat laporan polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker