Zahid cabar Muhyiddin panggil Sidang Khas segera buktikan majoriti

Zahid  mencabar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membuktikan beliau masih memiliki sokongan majoriti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika benar kerajaan Muhyiddin mempunyai majoriti, maka tidak perlu tunggu September untuk berbuat demikian.

“UMNO mencabar kerajaan untuk segera memanggil Sidang Khas Parlimen untuk membuktikan Perdana Menteri masih mempunyai majoriti tanpa menunggu sehingga Persidangan Parlimen pada September,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Kata Ahmad Zahid beliau juga telah mempersembahkan Surat Akuan tambahan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Menurut beliau, ia adalah surat akuan sebagai lanjutan warkah terdahulu.

“Setelah Majlis Kerja Tertinggi membuat ketetapan mutakhir pada 3 Ogos lalu bagi menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas asas mahu berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, jumlah Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO telah bertambah.

Zahid cabar Muhyiddin panggil Sidang Khas segera buktikan majoriti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Menteri ‘Kereta Terbang’ tuduh Zahid cuba kelirukan Istana Negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker