Menteri ‘Kereta Terbang’ tuduh Zahid cuba kelirukan Istana Negara

Menteri ‘Kereta Terbang’ tuduh Zahid cuba kelirukan Istana Negara. Seorang menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan kegagalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memperjelaskan kesahihan senarai surat akuan bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen parti itu menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bahkan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof turut meminta Ahli Parlimen Bagan Datuk memperjelaskan bentuk kerajaan alternatif kepada rakyat sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) benar-benar sudah jatuh.

Jelas Mohd Redzuan, pada saat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa tidak lagi memiliki sokongan majoriti, Ahmad Zahid merupakan pihak yang sepatutnya mempamerkan bukti SD ahli-ahli Parlimen UMNO tidak lagi menyokong kerajaan kepada umum.

“Berdasarkan sidang media Zahid semalam (Selasa), sekurang-kurangnya 10 ahli Parlimen UMNO dipercayai mengikut keputusan Presiden UMNO itu menandatangani SD menarik sokongan daripada kerajaan PN.

“Namun berdasarkan kenyataan umum, hanya lima daripada mereka sahaja yang mengeluarkan kenyataan terbuka menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin iaitu Ahmad Zahid sendiri; Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah; Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Said Othman dan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

“Jadi, adakah angka SD mencukupi itu tepat? Sepatutnya Ahmad Zahid kena tunjukkan mereka ada sokongan cukup untuk keluar kerajaan selain perlu mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong apa bentuk kerajaan alternatif kelak. Mengapa tidak buat?” katanya kepada Sinar Premium pada Rabu.

Zuraida biadap dengan Agong – Hans Isaac

Beliau berkata demikian bagi mengulas status kedudukan kerajaan PN susulan Ahmad Zahid mengumumkan bahawa surat akuan bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, telah pun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sejumlah 12 ahli Parlimen UMNO turut disahkan menarik sokongan daripada kerajaan PN yang diketuai Ahmad Zahid sendiri selaku Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan menegaskan Muhyiddin sehingga kini masih memiliki majoriti mudah untuk mempertahankan kerajaan PN dan tidak perlu melayani sebarang desakan mana-mana pihak untuk meletakkan jawatan.

Jelas beliau, bukti keabsahan Perdana Menteri itu difahamkan sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dengan perkara itu bakal menjadi maklumat sahih untuk menunjukkan kedudukan Muhyiddin sebagai ketua kerajaan pastinya tidak boleh disangkal.

“Tidak timbul Muhyiddin hendak meletak jawatan atau diasak untuk meletak jawatan kerana kami mewakili barisan Kabinet dan ahli-ahli Parlimen PN, kesemuanya berdiri teguh di belakang beliau ketika ini.

“Nasihat saya kepada Ahmad Zahid dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika benar kamu mempunyai sokongan majoriti mencukupi untuk menubuhkan kerajaan baharu, buktikan sahajalah dalam persidangan Dewan Rakyat atau tunggu pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Sebenarnya mereka ini tiada bukti cukup sokongan tetapi sengaja mengada-adakannya untuk menimbulkan kacau bilau politik. Jangan jadi perosak negara,” katanya.

Menteri ‘Kereta Terbang’ tuduh Zahid cuba kelirukan Istana Negara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Parti pembangkang sepakat tolak kepimpinan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker