Olimpik Tokyo: Emas buat skuad berbasikal Itali

Sebaran :

KUARTET berbasikal trek Itali melakar kejayaan berganda apabila memenangi pingat emas dalam acara kejar mengejar di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan menewaskan skuad berbasikal Denmark pada Sukan Olimpik Tokyo di Izu Velodrome, pada Rabu.

Skuad Itali yang dibarisi Simone Consonni, Filippo Ganna, Francesco Lamon dan Jonathan Milan Ganna turut memecahkan rekod dunia milik mereka sendiri dengan catatan masa 3 minit 42.032 saat.

Pingat gangsa pula dimenangi skuad Australia apabila menewaskan New Zealand dalam perlumbaan dramatik yang menyaksikan seorang pelumba New Zealand terlibat dalam kemalangan.

Emas buat skuad berbasikal Itali


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kekal dalam kerajaan atau tidak PAS Pusat belum beri arahan – PAS Johor


Sebaran :

Leave a Reply