Pelajar maut dilanggar lari ketika cari liputan internet

Sebaran :

Pelajar maut dilanggar lari ketika cari liputan internet

Seorang pelajar perempuan maut manakala rakannya cedera ringan selepas motosikal mereka dilanggar lari kenderaan yang belum dikenal pasti, ketika sedang mencari liputan internet di Jalan Julau-Nanga Entabai di Bahagian Sarikei, Sibu, semalam.

Ketua Polis Daerah Julau [email protected] Brayun berkata kejadian kira-kira 9 malam itu berlaku ketika mangsa, Kemalia Fran George, 17, membonceng motosikal ditunggangi rakan lelakinya Feisyia Erwin Jeffery, 20.

“Semasa kejadian, motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan bergerak lurus menuju ke sebuah kawasan tapak perumahan baharu untuk mencari liputan internet, (sebelum) motosikal itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Julau, sementara jenis dan nombor pendaftaran kenderaan yang melanggar mereka masih belum dapat dikenal pasti.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkuktan Jalan 1987. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Pelajar maut dilanggar lari ketika cari liputan internet


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply