Syed Saddiq dipanggil polis hari ini

Syed Saddiq dipanggil polis hari ini

Syed Saddiq dipanggil polis himpunan haram Ahli Parlimen

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipanggil polis berhubung perhimpunan Ahli-ahli Parlimen, hari ini , di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.



Syed Saddiq yang juga Presiden Penaja Muda, dijadual memberi keterangan berhubung pembabitannya pada jam 2.30 petang, esok, selepas berhimpun di Dataran Merdeka, 2 Ogos lalu, sebagai membantah penutupan Parlimen berikutan faktor kesihatan serta ancaman wabak Covid-19 di Parlimen.

Difahamkan, seramai 107 Ahli Parlimen pembangkang menyertai perhimpunan berkenaan, namun disuraikan selepas anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menyekat pergerakan mereka menuju ke Parlimen.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani, berkata polis menerima 206 laporan di seluruh negara berhubung perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang dengan polis membuka satu kertas siasatan mengikut Kesalahan-Kesalahan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

“Selain itu, mereka juga akan disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan juga Sekysyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.



“Dalam hal ini, polis akan memanggil individu yang terbabit bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, tindakan polis menghalang perhimpunan berkenaan adalah selaras undang-undang yang mana perhimpunan dan perarakan menjadi aktiviti dilarang dalam tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN). FMT

Syed Saddiq dipanggil polis hari ini


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker