Pelajar maut dilanggar lari ketika cari liputan internet
Pelajar maut dilanggar lari ketika cari liputan internet
Seorang pelajar perempuan maut manakala rakannya cedera ringan selepas motosikal mereka dilanggar lari kenderaan yang belum dikenal pasti, ketika sedang mencari liputan internet di Jalan Julau-Nanga Entabai di Bahagian Sarikei, Sibu, semalam.
Ketua Polis Daerah Julau Andam@Sulin Brayun berkata kejadian kira-kira 9 malam itu berlaku ketika mangsa, Kemalia Fran George, 17, membonceng motosikal ditunggangi rakan lelakinya Feisyia Erwin Jeffery, 20.
“Semasa kejadian, motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan bergerak lurus menuju ke sebuah kawasan tapak perumahan baharu untuk mencari liputan internet, (sebelum) motosikal itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Julau, sementara jenis dan nombor pendaftaran kenderaan yang melanggar mereka masih belum dapat dikenal pasti.
Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkuktan Jalan 1987. FMT
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Pelajar maut dilanggar lari ketika cari liputan internet
Baca Artikel Menarik :
- Pemuda Pas jangan lebih sudu dari kuah
- TPM tak ambil alih secara automatik jika PM berundur
- Nazri kata surat akuan MP BN sahih, dalam ‘simpanan TPM’
- Molek MCA dan MIC ikut nasihat Gerakan dari asyik menumpang tuah
- Hanya undi dalam Parlimen dikira, bukan dakwaan sokongan
- Resepi Aiskrim Goreng Sempoi, 2 Bahan jer
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.