Kerjaya Brooklyn Beckham dipersoal kerana mampu pandu kereta mewah

Brooklyn memandu kereta McLaren yang sangat mahal. -TikTok/Itsdanielmac

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Seorang pesohor media sosial mengutarakan soalan ‘panas’ kepada anak bekas bintang bola sepak terkenal, David Beckham dengan bertanyakan mengenai pekerjaannya yang membuatkan dia mampu memandu kereta mewah berharga £1.2 juta (RM6.5 juta).

Menurut laporan akhbar Metro UK, Brooklyn Beckham tampil dalam kandungan video bintang TikTok dan Youtube, Daniel Mac pada minggu ini.

Mac dikenali kerana sering mendekati individu yang memandu kereta mewah dan bertanya mengenai pekerjaan mereka dalam usaha untuk mengetahui bagaimana kenderaan itu mampu dibeli.

Anak lelaki kepada David Beckham dan bekas ahli kumpulan Spice Girls, Victoria yang berusia 23 tahun itu dirakam memandu kereta McLaren P1 burgundy di Hollywood, yang dikatakan milik bapanya.



Brooklyn yang tinggal di kawasan itu bersama isterinya, Nicola Peltz, 27, kelihatan gembira menjawab soalan Mac.

“Hai, apa yang anda lakukan untuk menyara hidup? Kereta anda hebat,” tanya Mac.

Setelah mengecam wajah Mac, Brooklyn memberhentikan kereta dan menjawab: “Saya kenal anda. Saya seorang cef.”

“Adakah kamu chef terbaik di dunia,” tanya Mac.



“Sedang cuba untuk menjadi yang terbaik. Ikut sahaja minat anda. Apa sahaja yang menggembirakan anda, terus lakukannya,” balas Brooklyn.

Brooklyn pernah berkecimpung dalam bidang peragaan dan fotografi sebelum ini. – AGENSI

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung



Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker