Pakai gincu, memandu berkaki ayam boleh jadi mandul

Pakai gincu, memandu berkaki ayam boleh jadi mandul

LAGOS, Nigeria – Presiden Akademi Perubatan Khas Nigeria, Professor Oladapo Ashiru menyatakan bahawa aktiviti harian seperti memakai gincu, memandu berkaki ayam dan menggunakan racun serangga serta makhluk perosak boleh menyebabkan kemandulan, lapor sebuah laman berita semalam.

Ashiru berkata demikian semasa memberi syarahan sempena sesi pengenalan felo dan perasmian akademi itu di Lagos.

Menurutnya, tabiat pemakanan tidak sihat, stres dan makan hidangan stockfish (ikan yang dijemur tanpa garam) serta ikan mengandungi kandungan merkuri tinggi adalah toksik terhadap embrio sekali gus boleh menjadi punca utama kemandulan.

“Sebilangan wanita memandu tanpa memakai kasut kerana menganggap cara pemanduan itu lebih mudah.

“Ramai pesakit mengalami keguguran selepas menjalani proses kehamilan secara luar rahim (IVF) kerana pelapik atas pedal mengandungi mineral yang terbukti toksik terhadap embrio.

“Melainkan kita tidak menggunakan mineral tersebut dalam pembuatan pedal, ramai wanita sukar hamil atau sukar meneruskan kehamilan.

“Perkara serupa berlaku melibatkan merkuri yang terkandung dalam ikan besar dan stockfish di samping penggunaan gincu terutama sekali gincu murah kerana ia mengandungi banyak toksin,” katanya. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Pakai gincu, memandu berkaki ayam boleh jadi mandul


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker