Zuraida perlu dihukum kerana angkuh, biadab pada Agong

Zuraida perlu dihukum kerana ‘angkuh, biadab’ pada Agong

PKR Perak menganggap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin biadab apabila menyatakan “sedikit kecewa” dengan cara Yang di-Pertuan Agong menegur kerajaan dalam isu pembatalan ordinan darurat.

Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak juga menganggap ahli parlimen Ampang itu angkuh kerana mengharapkan Agong menghubungi perdana menteri bagi mendapatkan penjelasan sebelum mengeluarkan kenyataan umum.

Kata Farhash tindakan Zuraida juga bertindak memperlekehkan kebijaksanaan Agong di dalam titah berkenaan apabila baginda bertegas mahu ordinan darurat dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat serta Dewan Negara bagi memenuhi Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Beliau wajar dilaporkan kepada polis dan disiasat untuk mengetahui sama ada sudah melangkaui batas atau tidak dalam kenyataan tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu Zuraidah menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung cadangan pembatalan ordinan darurat pada 29 Julai lalu adalah tidak “tidak wajar” (not proper).

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong – yang perlu menurut nasihat kabinet dalam kebanyakan perkara – boleh mendapatkan penjelasan daripada kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah.

“Saya sedikit kecewa. Apa saja yang mereka tidak jelas, mereka seharusnya menghubungi Pejabat Perdana Menteri.

“(Lebih-lebih lagi) perdana menteri (menghadap Agong) sekali seminggu sebelum mesyuarat kabinet,” katanya.

Zuraida yang juga bekas naib presiden PKR sebelum meninggalkan parti itu untuk menyertai Bersatu berkata demikian dalam rancangan bual bicara bahasa Inggeris, Consider This di Astro Awani malam tadi.

Menjawab soalan pengacara berkenaan pembatalan ordinan darurat, Zuraida berkata sebagai anggota dalam kabinet, dia yakin ia dibuat dengan proses yang betul.

“Keangkuhan Zuraida bahawa Agong perlu mendapatkan penjelasan daripada kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah adalah biadab dan tidak jauh dari satu bentuk penderhakaan,” kata Farhash.
Mk

Zuraida perlu dihukum kerana angkuh, biadab pada Agong


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker