Ordinan darurat dibahas, tektik Muhyiddin kekal berkuasa

Ordinan darurat dibahas, tektik Muhyiddin kekal berkuasa

Setuju Ordinan Darurat dibahas hanya taktik PM kekal berkuasa, kata penganalisis

Kenyataan terbaharu Perdana Menteri berhubung pembatalan Ordinan Darurat lebih mencerminkan kesungguhan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin untuk kekal berkuasa, kata penganalisis.



Penganalisis dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun, berkata kenyataan Muhyiddin hari ini bahawa ordinan berkenaan boleh dibahas dan diungkai di Parlimen “begitu samar” dan menunjukkan beliau sedang “mencuba sedaya upaya melebarkan sempadan perlembagaan untuk kekal berkuasa”.

Bercakap kepada FMT, Oh berkata perlu difahami perdana menteri hanya menyebut usul bagi perbahasan dan pembatalan Ordinan Darurat akan dibawa ke persidangan Parlimen seterusnya, pada September ini.

Walaupun usul berkenaan dihantar, tiada jaminan ia akan dibentang dan dibahaskan atau melalui proses pengundian oleh Ahli Parlimen, kata beliau.

“Kenyataan (Muhyiddin) itu tidak menyebut sekiranya sesi Parlimen pada September 2021 ditangguh, dijadual semula atau dibatalkan, adakah usul terbabit akan dibentang pada sesi persidangan Parlimen seterusnya, jika ada persidangan itu selepasnya,” katanya.



Penganalisis dari University of Nottingham Malaysia Bridget Welsh, berkata adalah “tidak mengejutkan” Muhyiddin mengambil keputusan “u-turn” itu memandangkan penjelasan awalnya dianggap menderhaka kepada pihak Istana dan mencetus reaksi keras daripada rakyat dan ahli politik.

“Bagaimanapun kenyataan kali ini pun dibuat tanpa asas kuat. Tidak ada sesiapa yang mengambil tanggungjawab atas isu ini. Tidak ada sesiapa meletak jawatan,” kata Welsh.

Hari ini, Muhyiddin mengakui proses membatalkan Ordinan Darurat belum dimuktamadkan.

Dengan berakhirnya darurat pada 1 Ogos lalu, beliau berkata, soal pembatalan Ordinan Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong tidak berbangkit.



Namun, katanya, Ordinan Darurat akan dibawa ke Parlimen pada September untuk dibahas dan diungkaikan, sejajar dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, usul berkenaan akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet, esok. FMT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker