Kerajaan PN sudah tumbang?

Sebaran :

Kerajaan PN sudah tumbang?

Pendirian terbaharu UMNO menyaksikan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh tumbang memandangkan parti itu yang mempunyai 38 ahli Parlimen membantu membentuk dan menyokong penubuhannya.

Buat masa kini, PN mempunyai 115 kerusi Parlimen dan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan memerlukan 112 kerusi.

Ketika mengumumkan penarikan kepada PN selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO secara maya hari ini, turut kelihatan berada bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah 10 ahli Parlimen parti itu.

Mereka ialah Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Tengku Razaeleigh Hamzah (Gua Musang), Datuk Seri Azalina Said Othman (Penggerang), Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit), Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (Baling), Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang), Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang), Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands) dan Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian).

Terdahulu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah mengemukakan surat akuan ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku Ketua Kerajaan.

Jika semua dakwaan ini benar, secara matematiknya kerajaan PN pimpinan Muhyiddin hilang majoriti dan kedudukan Muhyiddin terserah kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Mengikut Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkuasa penuh melantik Perdana Menteri Interim yang mentadbir kerajaan sementara.

Namun Pakar Perlembagaan, Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, masih terlalu awal berhubung perkara meskipun cakap-cakap politik mendakwa kerajaan kini telah tumbang, tetapi tidak semudah itu bagi untuk menukar kerajaan seperti mana dinyatakan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan 107 ahli Parlimen pembangkang dan Bebas sekali gus menguatkan desas-desus kerajaan PN bakal tumbang.

Malah kemungkinan ordinan darurat yang masih belum dirungkai dijangka digunakan untuk menyelamatkan Kerajaan PN. Utusan

Kerajaan PN sudah tumbang?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply