Hospital Sultan Abdul Halim tertekan akibat lonjakan Covid-19

Hospital Sultan Abdul Halim tertekan akibat lonjakan Covid-19. Sepanjang bulan ini petugas barisan hadapan di Hospital Sultan Abdul Halim melalui ranjau mencabar.

Awal bulan ini, dilaporkan lebih 200 doktor dan jururawat dijangkiti Covid-19 dengan hospital berkenaan diarah tidak menerima pesakit baharu. Bagaimanapun, seorang pegawai menafikan laporan berkenaan, dan memaklumkan hanya 30 kes jangkitan membabitkan doktor kesemuannya.

Dua minggu lalu, berlaku lonjakan kes di daerah Kuala Muda membabitkan varian delta, yang menyaksikan hampir kesemua 498 katil dipenuhi, sekali gus memaksa wad biasa ditukar kepada wad pesakit Covid-19.

Minggu lalu, pihak hospital itu terpaksa mengambil tindakan menempatkan 20 katil di bawah pokok di kawasan parkir bagi merawat pesakit kategori 1 Covid-19. Kumpulan Buddha, Persatuan Tzu Chi, mengambil inisiatif menderma sebanyak 150 katil boleh lipat.

Seorang doktor ketika memberitahu FMT, berkata katil yang didermakan itu akan digunakan di wad baharu khusus bagi merawat pesakit kategori 1 dan 2.

“Walaupun katil sumbangan itu menolong mengurangkan permintaan, kami masih berdepan masalah kekurangan pegawai perubatan dan jururawat.

“Apa guna mempunyai katil tambahan sekiranya tiada orang memantau keadaan pesakit? Idealnya, kami memerlukan sekurang-kurangnya 20 pegawai perubatan, doktor dan doktor pakar dalam keadaan siap sedia.

Kumpulan Buddha, Tzu Chi, derma 150 katil boleh lipat untuk kegunaan wad baharu di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. (Gambar Facebook)

“Mengapa tidak dibawa staf dari negeri lain? Kami juga kekurangan peralatan seperti “oximeters” dan peralatan penting untuk menyokong tambahan katil,” katanya.

Beliau berkat, hospital kini berada dalam tekanan teruk dan kebanyakan doktor bertugas dalam syif melebihi 24 jam.

“Untuk pengetahuan, kami menjadi hospital utama di daerah Kuala Muda, di mana lokasi merah sejak Mac tahun lalu,” katanya.

Katanya, kesemua 18 kati Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah penuh dan 28 katil ICU sementara yang ditempatkan di wad penukaran juga sudah penuh.

Kes tidak kritikal kini dirujuk ke dua hospital berhampiran, sekali gus menjadikan hospital terbabit menjadi hospital Covid-19.

Kata doktor berkenaan, kekurangan pegawai perubatan dan katil ICU menyebabkan nyawa pesakit melayang sambil mendakwa hampir kesemua pesakit Covid-19 yang mendapatkan rawatan mengalami masalah kesihatan semakin teruk sehingga berada dalam kategori 4 atau 5.

“Saya kehilangan beberapa nyawa pesakit dalam minggu ini, kesemua mereka mempunyai tidak mempunyai sejarah pesakit serius.

“Saya juga melihat empat sekeluarga meninggal dunia. Hospital kami juga menyaksikan kes “brought-in-dead” paling tinggi di Kedah.

“Hampir separuh kes “brought-in-dead” membabitkan pesakit yang sudah discaj, namun kembali semula dalam keadaan tidak bernyawa. Dalam satu kes, kami terpaksa membawa seorang wanita bagi pembedahan kecemasan bertujuan mengeluarkan bayi lapan bulan daripada kandungan. Wanita itu tercungap-cungap kerana sukar bernafas,” katanya.

Katanya, bukan sesuatu mengejutkan ketika ini selepas hospital terbabit memerlukan bantuan kontena untuk menyimpan mayat.

Lebih memburukkan keadaan, pihak hospital tidak mempunyai kakitangan cukup menguruskan pembakaran mayat kerana proses pembakaran memerlukan tiga kakitangan, termasuk inspektor kesihatan.

“Sebab itulah kami hanya mampu mengeluarkan lima ke enam mayat sahaja sehari. Selebihnya, ditangguhkan.

“Bukan itu sahaja, ada waris yang tidak berkemampuan mengurus upacara pengebumian. Upacara pengebumian bagi keluarga bukan muslim juga terpaksa ditangguhkan selepas pihak pengurusan mayat meminta RM6,000 bagi kos keranda,” katanya.

Semalam, Kedah merekodkan 1,281 kes baharu Covid-19, membawa kepada jumlah keseluruhan jangkitan kepada 44,242 kes dengan 12,532 kes masih aktif.

Bagi tempoh sama, kawasan Sungai Petani mencatat jumlah jangkitan paling teruk di Kedah membabitkan 2,333 daripada 4,879 kes jangkitan dalam daerah Kuala Muda, sejak dua minggu lalu.

FMT sedang mendapatkan maklum balas pengarah kesihatan Kedah untuk ulasan lanjut.

Hospital Sultan Abdul Halim tertekan akibat lonjakan Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zahid nyatakan UMNO kekal sokong PN namun gesa Muhyiddin berundur

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker