TPM kata Negara terhutang budi kepada pahlawan

Sebaran :

TPM kata Negara terhutang budi kepada pahlawan. Negara dan rakyat amat terhutang budi kepada pahlawan negara kerana apa yang dinikmati oleh negara hari ini tidak dapat dicapai tanpa pengorbanan mereka sejak sebelum merdeka sehingga kini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan sempena Hari Pahlawan 2021 yang dimuat naik di laman Facebooknya pada Sabtu berkata, jasa dan pengorbanan pahlawan negara akan terpahat dalam sejarah yang abadi.

“Alhamdulillah hari ini tanggal 31 Julai 2021, merupakan Hari Pahlawan yang disambut setiap tahun bagi mengenang jasa pahlawan negara yang tiada titik noktahnya.

“Tidak kira di darat, laut mahupun di awan biru, pahlawan kita terus bersiap siaga mempertahankan ibu pertiwi dan sanggup melakukan pengorbanan tertinggi demi kedaulatan negara serta rakyat tercinta,” katanya yang juga Menteri Pertahanan

TPM kata Negara terhutang budi kepada pahlawan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zahid nyatakan UMNO kekal sokong PN namun gesa Muhyiddin berundur

 


Sebaran :

Leave a Reply