Zahid nyatakan UMNO kekal sokong PN namun gesa Muhyiddin berundur

Zahid nyatakan UMNO kekal sokong PN namun gesa Muhyiddin berundur. UMNO menegaskan masih kekal pendirian untuk mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, namun tetap menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya amat konsisten dengan ketetapan itu sejak sekian lama dan perkara berkenaan sekali lagi diulang oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku ahli Parlimen Pekan kelmarin.

Beliau menambah, UMNO berkeras mahu Perdana Menteri perlu diganti kerana Muhyiddin telah gagal membawa kerajaan ke landasan sebenar iaitu untuk kebaikan rakyat dan negara.

Ahmad Zahid kemudian menyamakan keadaan itu dengan anak kapal yang harus mengikut arahan nakhoda yang memimpin mereka ke arah yang salah.

“Sebuah kapal berlayar mengikut hala tuju ditetapkan oleh nakhoda. Tugas para kelasi melayarkan kapal mengikut haluan itu. Jika nakhoda tersilap hala tuju maka kapal gagal ke destinasi, tetapi malangnya nakhoda terlalu ego mengakui kesilapan yang telah dilakukan.

“Maka untuk memperbetulkan kapal kembali ke laluan sebenar dengan menggantikan kepada nakhoda yang berkemampuan. Begitu juga dengan perihal negara dengan sebuah kerajaan diketuai oleh Perdana Menteri selaku individu berkuasa menentukan pentadbirannya,” katanya dalam Facebook beliau.

Jelas beliau, justeru UMNO konsisten mahu Perdana Menteri digantikan dengan seorang individu berkemampuan di dalam mengemudi jentera pentadbiran kerajaan sepertimana keputusan Majlis Tertinggi (MT) pada 7 Julai lau iaitu memutuskan menarik balik sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Malah katanya, UMNO cuma hanya minta Perdana Menteri digantikan demi kepentingan rakyat dan negara serta kedaulatan institusi raja-raja.

“Selepas penularan pandemik berjaya diatasi, Perdana Menteri baharu akan segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk diadakan Pilhan Raya Umum ke-15.

“Cerita tentang mengapa UMNO menyokong pembentukan kerajaan PN pada tahun lalu ramai sedia maklum. Apapun Presiden UMNO beri jaminan UMNO tetap mengutamakan rakyat serta menjunjung keluhuran Perlembaga

Zahid nyatakan UMNO kekal sokong PN namun gesa Muhyiddin berundur


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker