Minnesota Beri Ganjaran AS$100 Kepada Penerima Suntikan Vaksin Covid-19

Minnesota Beri Ganjaran AS$100 Kepada Penerima Suntikan Vaksin Covid-19

MINNEAPOLIS: Minnesota bergabung dalam rancangan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden untuk memberikan insentif sebanyak AS$100 kepada warganya yang mendapat vaksin COVID-19 sehingga pertengahan Ogos.

Biden mengumumkan ganjaran itu sebagai sebahagian daripada keperluan prosedur operasi standard (SOP) baharu buat jutaan penjawat awam.

Biden juga pada masa sama mengecam tragedi yang berlaku di Amerika Syarikat di mana banyak kematian berlaku dalam kalangan mereka yang tidak divaksinasi.

Bermula Jumaat, warga Minnesota yang berusia 12 tahun ke atas yang mendapat suntikan pertama mereka sehingga 15 Ogos juga diberi ganjaran berupa kad visa dengan nilai AS$100 di dalamnya.

Amerika Syarikat sejak akhir-akhir ini terpalit dengan ancaman berita palsu yang menyebabkan program vaksinasi di negara itu kurang mendapat sambutan.

Sementara itu, bandar New York juga mengeluarkan bajet memberi insentif wang kepada warganya yang mendapatkan vaksin COVID-19.

Datuk Bandar Bill de Blasio mengumumkan pada Rabu, New York City akan menawarkan AS$100 kepada mana-mana penduduk yang mendapat dos pertama.

Sebelum ini kerajaan persekutuan dan negeri Amerika Syarikat telah menawarkan insentif vaksinasi termasuk tiket loteri, biasiswa, perjalanan kereta bawah tanah percuma, tiket percuma ke muzium, permainan sukan dan beberapa tarikan lain.-Awani

Minnesota Beri Ganjaran AS$100 Kepada Penerima Suntikan Vaksin Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hubungan luar tabii dengan kambing, warga emas direman

Suri rumah tertipu beli kucing Munchkin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker