BN, UMNO terus sokong PN

BN, UMNO terus sokong PN. Barisan Nasional (BN) dan UMNO memberi ikrar terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di sebalik kemelut serta ketidakstabilan politik sedang melanda.

Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pendirian itu sebelum ini dinyatakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Dalam BN dan UMNO, sudah membuat pendirian dan (perkara itu) diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri semalam (kelmarin).



“Saya sendiri dan rakan dalam Dewan (Rakyat) yang rapat dengan saya, bukan sahaja sokong tetapi senada dengan pendirian untuk terus meyokong kerajaan
yang ada sekarang,” kata beliau pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Perubatan COVID-19 dari Arab Saudi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) semalam.

Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Ketua Whip Kerajaan dalam kenyataan berkata, lebih 110 Ahli Parlimen masih bersama menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Dalam kenyataan itu, beliau turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara.

Dalam kenyataan Istana Negara itu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan di Parlimen pada Isnin lalu bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat pada 21 Julai tanpa perkenan Baginda.



Sekutu nasihatkan Muhyiddin letak jawatan

Al-Sultan Abdullah juga amat dukacita kerana apa yang diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan UndangUndang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bahawa
cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.

Kelmarin, Ismail Sabri dengan nada yang sama juga menegaskan ahli Parlimen BN sebulat suara menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin.



Katanya, perkara itu dicapai selepas beliau mempengerusikan satu perjumpaan bersama 40 Ahli Parlimen BN.

Beliau berkata, perjumpaan itu turut sepakat menjunjung kasih titah Al-Sultan Abdullah.

“Ahli-ahli Parlimen BN juga akur dengan titah Seri Paduka untuk memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

BN, UMNO terus sokong PN




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Derhaka kepada Agong, Pemuda Umno desak Muhyiddin letak jawatan segera



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker