Rider bawa anak kecil hantar makanan tular
Rider bawa anak kecil hantar makanan tular
Kecekalan seorang ‘rider’ sebuah syarikat penghantaran makanan popular yang mengendong anak kecilnya ketika menghantar makanan di Perumahan Pegawai Kanan Polis, Sungai Dua di sini baru-baru ini telah mendapat perhatian ribuan warganet.
Bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki dipercayai berusia setahun itu mula tular apabila gambar mereka dikongsi seorang pengguna Facebook dengan nama Rohayu Mohd. Rodzi tiga hari lalu.
Dua keping gambar dan kisah mereka yang dimuat naik wanita itu telah mendapat kira-kira 7,600 perkongsian, 5,400 pelbagai reaksi dan 1,000 komen daripada pengguna laman sosial itu.
“Allahuakbar sedihnya. Saya turun dari keta (kereta) terus p (pergi) dkt (dekat) si bapa dan anak, waktu ni panas terik anak berpeluh kepanasan, anak tak dak (tiada) siapa jaga , nak hantar pengasuh nak kena bayar, anak diam ja dia dah (sudah) paham bapa dia tengah keja cari duit.
“Dalam raga ada botol susu kosong .Warga Penang kalau nampak bapa dan anak ini bantu la apa yang patut , kalau tak mampu bagi bantuan cukup la sekadar doa kalian untuk mereka selamat ketika menunggang motor menghantar pesanan pelanggan,” katanya di laman Facebook.
Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut meluahkan perasan sedih dan simpati dengan nasib yang menimpa lelaki terbabit dan turut mendoakan kesejahteraan serta keselamatan dua beranak itu.
Kosmo! difahamkan, kisah kehidupan rider berkenaan telah mendapat perhatian ramai masyarakat termasuk yang menyumbang barangan keperluan makanan dan bantuan berupa wang. K Online
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Rider bawa anak kecil hantar makanan tular
Baca Artikel Menarik :
- Bina Hospital Di Lapangan Terbang
- Usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diteliti
- Polis tak akan biar wartawan bunuh diri, ceroboh MAEPS – Arjunaidi
- SOP ‘ke laut’, PPV KL dibanjiri ratusan warga asing cetus kerisauan
- Paras antibodi vaksin Pfizer, AstraZeneca menurun selepas 2-3 bulan
- Batal ordinan darurat ‘senyap-senyap,’ perundangan negara dalam kedudukan cacamarba, kata Zahid
Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab
You must be logged in to post a comment.