Maybe Lepas Ni Berlatih Di Melaka Boleh Dapat Emas – Chong Wei

Maybe Lepas Ni Berlatih Di Melaka Boleh Dapat Emas – Chong Wei

Legenda badminton Datuk Lee Chong Wei sempat berseloroh dengan jaguh perseorangan sukan tersebut, Lee Zii Jia dengan mencadangkan agar atlet tersebut mencari lokasi latihan baharu di Melaka.

Menurutnya di laman Facebook, ia ekoran ura-ura bahawa menjalani latihan di Melaka membolehkan seseorang memenangi pingat emas di temasya Olimpik.



“Maybe (mungkin) lepas ini cari tempat training (latihan) kat Melaka. Dengar kata training di situ boleh dapat emas Olimpik.

“Kepada Chen Long: Awak lagi! Jangan sampai kami jumpa awak di Malaysia bulan depan! Hahaha. Bergurau sahaja. Nikmatilah temasya tersebut dan semoga maju jaya!” katanya menerusi satu hantaran hari ini.

Menerusi hantaran sama, Chong Wei menasihati Zii Jia agar tidak berasa terlalu kecewa ke atas kekalahannya di tangan juara bertahan dari China itu semalam.

Katanya, Zii Jia telah mempamerkan permainan amat baik dan satu Malaysia tahu bahawa jaguh tersebut telah mencuba sedaya-upaya.



“Dibekalkan lebih pengalaman nanti, Chen Long pastinya sekadar lubuk untuk lu. Bai, Chen Long bukan calang-calang defending champion (juara bertahan). Muka sahaja innocent tetapi mamat itu memang ligat otak dalam penafsiran taktik pihak lawan.

“Semalam game (permainan) I rasa dari segi power, speed (kelajuan) dan teknik, Zii Jia memang mengatasi Chen Long. Mungkin yang kurang, adalah cemas pada saat-saat penting. Olimpik pertama kot, siapalah tak cemas? Game Chong Wei time Olimpik pertama pun tak kemas,” katanya.

Chong Wei berkata, yang penting, Zii Jia perlu mendongakkan dagu dan teruskan usaha kerana Olimpik berikutnya tiga tahun saja dari sekarang.

“Kejayaan anda bukanlah hilang tetapi hanya ditangguhkan. Saya bangga dengan awak. Rakyat Malaysia bangga dengan awak,” katanya. – K! ONLINE



Rata rata netizen turut sama memberi kata kata semangat kepada wira negara badminton dan tercuit dengan komen dari Legenda Badminton Negara Datuk Lee Chong Wei.

Maybe Lepas Ni Berlatih Di Melaka Boleh Dapat Emas – Chong Wei


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Peminat Sanggup Marah Lantai Demi Lee Zii Jia

Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker