Baru tahu siapa hero, siapa zero – Lana

Baru tahu siapa hero, siapa zero – Lana

Rentetan isu kerajaan dikatakan membelakangi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah apabila sengaja mengadakan ‘parlimen lockdown’ atas keputusan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, pelakon Lana Nodin seolah-olah memulangkan paku buah keras kepada segelintir netizen yang selama ini lancang mengecam kelantangannya yang tular baru-baru ini.

Dalam satu perkongsian Instagramnya, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 41, kekal dengan pendirian dan ketegasannya agar Noor Hisham meletakkan jawatan sebagai orang nombor satu dalam institusi kesihatan negara itu.

“Ada juga orang buka mata akhirnya. Baru anda tahu siapa hero, siapa zero. Baru rakyat tahu,” tulis ibu kepada dua cahaya mata itu.

“Yang di-Pertuan Agong bertitah agar parlimen sambung bersidang sebagaimana dijadualkan tapi Ketua Pengarah Kesihatan berpendapat, parlimen tak boleh bersidang sebab Covid-19 sedang menular.

“Jadi, siapa lebih berkuasa? Dan, nak dengar cakap siapa?,” soalnya seraya menyertakan tanda pagar, #StepDownDG.

Dalam platform media sosial media, Twitter, ramai dalam kalangan netizen mula melahirkan kekecewaan dan mengharapkan Noor Hisham berhenti diperkotak-katikkan ahli politik dan menjalankan tugasnya dengan intergriti.

“Kekecewaan paling terbesar hari ini adalah DG Hisham,” tulis seorang netizen.

Sohor kini dalam laman sosial berkenaan, bagaimanapun ramai juga dalam kalangan netizen yang tampil mempertahankan Noor Hisham.

“Saya percaya, DG Hisham adalah seorang doktor bukan ahli politik. Saya percayakan doktor lebih daripada saya percayakan ahli politik.

“DG Hisham, kalau anda baca tulisan ini, buat yang terbaik buat kami (rakyat). Saya percayakan dengan anda sepenuh hati walaupun yang lain tidak. Tolong selamatkan negara,” tulis seorang netizen lain.

Terdahulu, Lana lantang mengkritik Noor Hisham dan menggesa agar segera meletakkan jawatan kerana apa yang berlaku dalam sistem kesihatan negara sekarang seperti ‘cakap tidak serupa bikin’.

Semalam, selepas ditangguh dua kali, Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 pada Khamis sekali lagi ditangguh iaitu pada pukul 5.15 petang.

Penangguhan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Mohd. Rashid Hasnon.

Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan terdapat dua lagi kes positif Covid-19 dikesan di bangunan Parlimen dan penangguhan dibuat bagi membolehkan semua orang di bangunan itu menjalani saringan COVID-19.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menerima surat pemakluman daripada Ketua Pengarah Kesihatan..”

Belum pun sempat beliau menghabiskan kenyataan, keadaan bertukar kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen mula mempertikaikan kenyataan itu. K Online

Baru tahu siapa hero, siapa zero – Lana


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak

Related Articles

One Comment

  1. Lana Nordin, klu tak tau apa2 ttg betapa kritikalnya tahap kesihatan di negara ini, lebih diam. Tutup mulut spt mana kamu tutup puki kmau. Terkejut juga biola Rita Rudaini yg menjadi idaman saya turut menyokong pndpt Lana Nordin. Apa yg Lana Nordin tau? Pernah ke Lana Nordin jadi jururawat sblum ini. Mulut mcm sial. Senag2 je mendesak DG Noor Hisyam letak jawatan. Lana bleh ambil aleh ke Jwtn DG KKMK tu, sial
    ?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker