Covid-19 : 16840 kes baharu hari ini

Covid-19 : 16840 kes baharu hari ini

Kementerian Kesihatan melaporkan 16,840 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,095,486 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,092 kes.

Ia disusuli Kuala Lumpur dengan 2,114 kes, Kedah (1,281), Johor (1,104), Negeri Sembilan (1,079), Sabah (1,066), Perak (810), Pulau Pinang (689), Kelantan (656), Melaka (581), Pahang (540), Sarawak (450), Terengganu (258), Putrajaya (100), Perlis (13) dan Labuan (tujuh).

Perlis hari ini mencatatkan sebanyak 11 kes walaupun pernah berada berada dalam zon selesa selepas merekodkan sifar kes dalam beberapa hari.

Johor, Kedah dan Sabah merekodkan peningkatan kes secara mendadak apabila masing-masing terus merekodkan lebih 1,000 kes.

Bagaimanapun, jumlah kes Covid-19 hari ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam yang merekodkan sebanyak 17, 170 kes.

Berita lanjut menyusul

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Covid-19 : 16840 kes baharu hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker