Hantu datang suntik vaksin di PPV

Hantu datang suntik vaksin di PPV

Tindakan seorang pemuda memakai kostum ala hantu puntianak ketika menghadiri janji temu vaksinasi di satu lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mencuri perhatian ramai baru-baru ini.

Menerusi klip video berdurasi 24 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama gorongit, lelaki berkenaan kedengaran ketawa mengilai-ilai ketika gilirannya tiba untuk berurusan di kaunter yang disediakan.

“Nah hantu pun vaksin. Kamu yang antivaksin lebih teruk daripada hantu,” tulisnya menerusi kapsyen video tersebut.

Video itu ditonton lebih 1.4 juta kali dan mendapat 2,984 komen sejak dimuat naik semalam.

Kebanyakan netizen berasa terhibur dengan tindakan lelaki itu yang dianggap rela ‘berkorban’ menjadi hodoh untuk menceriakan petugas di PPV tersebut.

“Dia punya gelak. Kadang-kadang perkara beginilah yang menghiburkan petugas barisan hadapan,” komen Asmaterasu.

“Aku yang manusia ini belum dapat vaksin. Hantu dapat dulu,” ujar Nik Merah.

“Ini tidak perlu kostum yang mahal. Awak celup minyak hitam sudah selesai,” komen Noor84.

“Inilah manusia yang kena sumpahan. Lengkap dua dos nanti dia bertukar jadi manusia semula,” gurau Riqi_Rancak.

“Lawak pula tengok hantu ini. Jarang hantu buat lawak biasa dia buat orang cabut lari saja,” kata JennyJay.

Menurut maklumat di ruangan komen video tersebut dirakam di Dewan Mini Putrajaya, Kota Kinabalu, Sabah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Hantu datang suntik vaksin di PPV


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker