Netizen bengang persembahan Dolla diberhentikan separuh jalan

Netizen bengang persembahan Dolla diberhentikan separuh jalan

Sebelum ini satu program rancangan Wanita Hari Ini ada memuat naik di laman Yuotube mereka mengenai jemputan artis ke program tersebut.

Pada kali ini, artis jemputannya adalah dari kumpulan Dolla yang turut mempromosikan lagu terbaru mereka yang bertajuk Damelo.

Kumpulan ini yang terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya dan terkenal menerusi elemen vokal dan tarian dalam setiap persembahan yang mereka sampaikan.

Dalam video yang dimuat naik dalam TV3 Malaysia Official, kelihatan kumpulan ini sempat menyanyikan separuh sahaja daripada keseluruhan lagu tersebut dan tarian mereka juga diberhentikan separuh jalan.

Kelihatan pengacara program meneruskan tugasnya dengan bertanyakan beberapa soalan kepada ahli kumpulan ini.

Netizen Perasan Perubahan Syasya

Semasa sesi temu bual, netizen mula kelihatan tiga daripada ahli kumpulan kelihatan ceria manakala Syasya kelihatan agak ‘bad mood’ semasa slot tersebut.

Diruangan komen, pelbagai reaksi yang telah diberikan oleh netizen mengenai video tersebut.

Syasya kelihatan kecewa dengan program ini dan bahagian yang mengjengkelkan saya.

Sangat tidak profesional bila mereka secara tiba-tiba memberhentikan perembahan Dolla semasa mereka sedang melakukan persembahan.

Segelintir dari netizen menyatakan bahawa tindakan memberhentikan persembahan semasa Dolla melakukan persembahan dianggap tidak profesional.

Memanggil Kembali Kumpulan Dolla

Bukan itu sahaja, ada juga yang meminta program tersebut untuk memanggil kembali kumpulan Dolla melakukan persembahan secara penuh.

Bukan itu saja, mereka meminta supaya pengacara tidak kurang ajar dengan mencelah kumpulan tersebut semasa mereka sedang menerangkan sesuatu.

Eh Syasya terus bad mood sampai habis interview

Jemput Dolla kembali dan biarkan mereka melakukan persembahan secara penuh! Pengacara jangan jadi kurang hajar.

Syasya dah macam sentap sebab tiba-tiba lagu berhenti. Lepas itu semasa minit 2:13, tak sempat cakap orang tu dah cakap.

Untuk pengetahuan Dolla baru saja menghadiahkan peminat dengan single berjudul Damelo yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Sepanyol dan kemudian, diolah dalam bahasa Malaysia bagi memenuhi permintaan peminat di Amerika Syarikat, Brazil dan Argentina. Mr

Netizen bengang persembahan Dolla diberhentikan separuh jalan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker