Polis cari dua warga Singapura bantu siasatan kes ugutan

 

ISKANDAR PUTERI: Polis sedang mengesan dua warga Singapura yang terbabit dalam insiden pertelingkahan dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak dekat Sunway Box di sini, 16 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan Polis Singapura (SPF) bagi mengesan kedua-dua suspek.



Katanya, warga asing itu perlu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung insiden itu memandangkan polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Suspek sudah dikenal pasti sebagai warga Singapura dan usaha mengesan kedua-dua mereka sedang dilakukan melalui bantuan pihak Polis Singapura (SPF),” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Rahmat berkata, hasil siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara pengadu dengan dua suspek itu ketika hendak mengisi minyak.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker