Polis ‘kutip’ lima ah long ugut peminjam, baling telur

PETALING JAYA – Seramai lima lelaki yang dipercayai mengugut peminjam yang gagal membayar hutang dengan sindiket pinjaman wang haram atau ah long ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Kelana Jaya di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pada 11 Februari lalu, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun yang mendakwa telah diugut oleh ahli sindiket terbabit.

Menurutnya, mangsa yang merupakan pengarah sebuah syarikat swasta dan mempunyai masalah kewangan berhubung modal pusingan perniagaan sebelum itu telah mebuat pinjaman sebanyak RM96,240 dari sindiket yang menyamar sebagai syarikat peminjam wang berlesen menerusi satu pautan iklan dalam talian pada Disember 2020.

“Mangsa seterusnya telah membuat pembayaran balik pinjaman berkenaan sebanyak RM100,895, tetapi telah didesak dengan pelbagai ugutan supaya membayar balik bayaran pokok sebanyak RM72,000 lagi.

“Mangsa kemudian dihubungi oleh ahli sindiket yang memperkenal diri dari syarikat pinjaman wang berlesen dan membuat tawaran untuk melangsaikan bayaran tertunggak pinjaman yang dilakukannya sebelum ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, terdesak melangsaikan pinjamannya, mangsa telah menandatangani satu perjanjian ‘money lenders agreement’ untuk menyelesaikan baki pinjaman pokok tersebut, tetapi mangsa perlu membuat pembayaran balik mencecah RM120,000.

Mohamad Fakhrudin berkata, selepas gagal melangsaikan baki pinjaman berkenaan, suspek telah menghantar ahli sindiket ke kediaman ibu mangsa untuk mengugut dan membaling telur ke arah rumah keluarganya setiap hari.

Katanya, bertindak atas maklumpat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya, berjaya menahan lima lelaki tempatan yang disyaki terlibat dengan kes tersebut sekitar jam 4 petang, Rabu.

Menurutnya, pasukan serbuan turut merampas beberapa barang kes termasuk telefon bimbit pelbagai jenama dan kad mesin juruwang automatik (ATM) untuk membantu siasatan.

“Semakan rekod lampau mendapati tiga daripada lima suspek tersebut mempunyai rekod lampau bersabit kes-kes jenayah yang lain.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kesemua suspek direman selama empat hari. Kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Berlesen 1952,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker