Bunuh kolestrol jahat dengan kacang
Bunuh kolestrol jahat dengan kacang
Mungkin selepas ini, anda perlu berfikir semula untuk meneruskan rejim memboikot kekacang atas mitos ia membajai jerawat!
Kajian oleh saintis Universiti Teknologi Virginia, Amerika Syarikat, membongkar rahsia, kekacang dan biji-bijian sebenarnya kaya dengan protein dan asid lemak mono tidak tepu yang baik untuk jantung.
Sesetengah daripada jenis kekacang dan bijian ini pula boleh membantu merendahkan tahap kolesterol LDL (semestinya kolesterol jahat). Antara kebaikan lain yang sinonim dengan kekacang dan bijian termasuklah asid lemak omega3 serta vitamin C dan E.
Selain itu, kebanyakan jenis kacang dan bijian juga dipenuhi fitosterol iaitu bahan semula jadi dalam tumbuhan yang membantu menghalang badan daripada menyerap kolesterol yang terkandung dalam makanan. Kacang maka damia, pistasio, badam, bijan, kuaci dan biji labu adalah antara kekacang dan bijian yang mengandungi tahap fitosterol tinggi.
Memandangkan makanan ini hadir dengan kandungan lemak dan kalori yang tinggi, saiz hidangannya pula adalah memadai diambil pada kadar sedikit. Contohnya, segenggam sebagai snek petang atau gaulkan bersama dalam semangkuk salad.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Bunuh kolestrol jahat dengan kacang
Baca Artikel Menarik :
- Bekas ketua jabatan didakwa 20 pertuduhan rasuah [VIDEO]
- Sebab musang king, peniaga rugi RM414,939
- Dana politik: Kenapa perlu rahsia
- Atlet Judo Sudan Pula Tarik Diri, Enggan Berdepan Peserta Israel
- Kerusi Zahid masih diblok kerajaan, Speaker kata tiada permohonan tukar kedudukan
- Speaker jangan berselindung di belakang Peraturan Mesyuarat
You must be logged in to post a comment.