Jalani hukuman kemudian mohon pengampunan diraja

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana, Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh memohon untuk mendapatkan pengampunan diraja, namun perlu menjalani hukuman penjara dalam tempoh tertentu terlebih dahulu, kata pengamal undang-undang.

Menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, proses pengampunan akan mengambil masa kerana ia tertakluk kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

“Semua individu yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman berhak memohon pengampunan diraja di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.



“Namun, mereka perlu melalui hukuman penjara terlebih dahulu dalam tempoh tertentu, baru Lembaga Pengampunan dalam mesyuarat berkala akan meminta laporan daripada pihak penjara untuk disediakan dan dinasihatkan kepada Seri Paduka termasuk laporan bertulis daripada Peguam Negara sebelum pengampunan diberikan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Mohamed Haniff Khatri berkata, Najib perlu memfailkan permohonan itu dalam tempoh 14 hari bermula dari tarikh keputusan rayuan akhirnya, bagi memastikan kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya tidak digugurkan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, di bawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) secara automatiknya akan hilang kelayakan apabila mereka dijatuhi hukuman penjara 12 bulan atau lebih, atau didenda tidak kurang daripada RM2,000.



“Sekiranya Najib masih berminat untuk memegang kerusi Parlimen Pekan, menjadi tanggungjawab beliau untuk memfailkan atau memohon pengampunan dalam tempoh 14 hari,” kata Mohamed Haniff Khatri.

Bagaimanapun, peguam itu berkata, Najib turut berdepan beberapa kes lain di mahkamah antaranya 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pindaan laporan audit 1MDB dan kes berkaitan International Petroleum Investment Company (IPIC), yang menyukarkan beliau untuk mendapatkan pengampunan.

“Adalah tidak munasabah dari segi praktikalnya untuk mendapat pengampunan bagi kes SRC, sedangkan beliau masih mempunyai kes lain di mahkamah dan ada yang masih di peringkat perbicaraan,” katanya.

Berkongsi pendapat sama ialah peguam Fahmi Abd Moin, yang turut memaklumkan bekas Perdana Menteri itu boleh mendapatkan pengampunan melalui Lembaga Pengampunan.



“Permohonan untuk mendapatkan pengampunan boleh difailkan oleh Najib menerusi ahli keluarga, peguamnya atau wakil beliau (Najib), namun ia perlu mematuhi beberapa syarat tertentu di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Namun, pengampunan ini bukan diberi secara automatik kerana beliau (Najib) perlu menjalani hukuman penjara dalam beberapa tempoh masa,” kata peguam itu dan menambah Yang di-Pertuan Agong mesti mendapatkan nasihat dan persetujuan semua ahli Lembaga Pengampunan sebelum membuat keputusan.

Sementara itu, peguam Datuk Geethan Ram Vincent berkata, Najib boleh mendapatkan pengampunan diraja tetapi beliau masih perlu menghadapi kes lain seperti perbicaraan 1MDB dan laporan audit. – Bernama

Jalani hukuman kemudian mohon pengampunan diraja



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker