Himpunan doktor kontrak di Hospital Tuanku Jaafar dapat sambutan 30 doktor

Sebaran :

Himpunan doktor kontrak di Hospital Tuanku Jaafar dapat sambutan 30 doktor. Hampir 30 doktor berstatus kontrak di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban berkumpul sebagai tanda protes bagi mengikuti mogok besar-besaran doktor kontrak yang dilaksanakan di seluruh negara pada Isnin.

Mereka mula berkumpul pada jam 11.30 pagi sambil memegang plakad, #hkontrak sebagai protes berhubung pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai lanjutan khidmat kontrak yang tidak memenuhi tuntutan kumpulan doktor terbabit.

Kempen tersebut antara lain turut mendesak doktor kontrak diserapkan ke jawatan tetap berikutan bebanan kerja yang dilakukan sama seperti doktor berjawatan tetap.

Seorang doktor kontrak yang turut menyertai hartal berkenaan Dr Muhamad Azim Mohd Shari, 28, berkata, jurucakap bagi kumpulan mereka yang dikenali sebagai Dr Deeban dipanggil oleh pihak HTJ Seremban menyebabkan program tergendala lebih setengah jam.

“Kami masih menunggu Dr Deeban dan kami juga tidak tahu perkara yang dibincangkan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Tuanku Jaafar Seremban selepas hartal doktor kontrak di sini pada Isnin.

Dr Muhamad Azim mendakwa, kira-kira 150 doktor kontrak HTJ tetapi hartal hanya disertai doktor yang bercuti dan baru selesai syif malam kerana yang lain tidak dapat meninggalkan pesakit

Hampir 10 minit berkumpul kesemua mereka diminta bersurai oleh pihak polis bagi memastikan perjalanan urusan di hospital berjalan lancar.

Pada Jumaat lalu, Muhyiddin dalam kenyataan akhbarnya berkata bahawa Kabinet bersetuju supaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib.

Ia bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

Kabinet juga bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh maksimum empat tahun ke atas pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama.

Himpunan doktor kontrak di Hospital Tuanku Jaafar dapat sambutan 30 doktor

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Darurat tak disambung, 6 ordinan dibatalkan

 


Sebaran :

Leave a Reply