Covid-19 : Golongan janda perlu diberi perhatian

Covid-19 : Golongan janda perlu diberi perhatian

Hilang tempat bergantung, golongan janda perlu diberi perhatian

JAKARTA – Pemerintah daerah di Indonesia digesa agar tidak melupakan kebajikan golongan wanita yang menjanda selepas kehilangan suami akibat Covid-19, lapor laman hosp.id, hari ini.

Menurut Ketua Harian Pusat Pelayanan Terpadu Pemberdayaan Perempuan dan Anak (P2TP2A) Kabupaten Cianjur, Jawa Barat, Lidya Indayani, golongan janda juga layak mendapat perlindungan dan pertolongan untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

“Semua pihak perlu ambil berat dan melakukan sesuatu tentang bagaimana hendak membantu kaum wanita yang kehilangan ketua keluarga.

“Ada dalam kalangan mereka yang tidak pernah bekerja maka pemerintah setempat perlu peka dalam hal ini,” ujar Lidya.

Tambah Lidya, kebiasaannya tanggungjawab ini jatuh kepada ahli keluarga terdekat namun dalam situasi pandemik, keadaan menjadi sedikit berbeza.

“Jika biasanya tanggungjawab ini diambil alih oleh kaum keluarga terdekat, namun dalam situasi pandemik, boleh dikatakan semua rakyat terjejas.

“Maka tanggungjawab itu jatuh kepada pemerintah untuk melindungi kaum wanita bergelar janda yang hilang punca rezeki selepas kematian suami,” jelasnya. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Covid-19 : Golongan janda perlu diberi perhatian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Darurat tak disambung, 6 ordinan dibatalkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker