Umrah mula dibuka mulai 10 Ogos

Sebaran :

Umrah mula dibuka mulai 10 Ogos

Arab Saudi buka umrah jemaah seluruh dunia mulai 10 Ogos

KERAJAAN Arab Saudi mengumumkan membuka semula ibadah umrah kepada seluruh dunia mulai 10 Ogos ini susulan kejayaan mengendalikan urusan ibadah Haji musim lalu.

Ibadah umrah bagi rakyat Arab Saudi dan warga asing yang tinggal di negara itu mula dibuka semalam, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan Covid-19, termasuk penjarakan fizikal.

Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci – Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah – Sheikh Abdul Rahman As-Sudais sudah mengarahkan semua anggota pentadbiran dan agensi lain untuk menyelesaikan persiapan menyambut jemaah umrah negara lain Ogos ini.

Portal berita Gulf News, melaporkan pihak berkuasa berkaitan telah berusaha mengambil segala tindakan yang perlu bagi melancarkan urusan ibadat tersebut dengan mengatur kemasukan jemaah ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melalui pintu khas untuk memudahkan pemantauan dan mengekang penularan wabak itu.

Usaha penjagaan sepenuhnya itu dilaksanakan supaya jemaah dapat melaksanakan ibadah dengan mudah dan dalam suasana penuh ketenangan serta kerohanian.

Musim haji tahun ini selesai dengan jayanya membabitkan hanya 60,000 jemaah dibenar menunaikan ibadah itu susulan pandemik Covid-19.

Sheikh Abdul Rahman turut mengarahkan kakitangan dua masjid suci itu mengambil semua langkah untuk menyerap peraturan kawalan dan melaksanakan tugas sebagaimana pada musim haji lalu.

Pada akhir Februari lalu, Arab Saudi menangguhkan kemasukan individu ke negara itu bagi tujuan umrah di Makkah dan ziarah di Madinah bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Setakat ini, Arab Saudi merekodkan lebih 278,000 kes Covid-19 dengan lebih 2,900 kematian. Utv

Umrah mula dibuka mulai 10 Ogos


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Darurat tak disambung, 6 ordinan dibatalkan


Sebaran :

Leave a Reply